Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perluas peluang bagi semua, jaringan keselamatan sosial antara usul Presiden Halimah

Dalam ucapan sempena Persidangan Kedua Parlimen Ke-14 yang dibuka Isnin, Presiden Halimah turut gariskan peranan S’pura di tengah-tengah saingan geopolitik global.
Apr 10, 2023 | 09:48 PM



MEMPERLUAS peluang sepanjang hayat bagi semua, mengukuhkan jaringan keselamatan sosial, membina bandar bijak dan memperdalam semangat jati diri warga Singapura – inilah nilai-nilai yang akan membentuk agenda pemerintah apabila Parlimen ke-14 dibuka semula. 


Menggariskan beberapa keutamaan pemerintah bagi baki tempoh pemerintahan ini, Presiden Halimah Yacob, dalam ucapannya pada malam 10 April, berkata lebih banyak peluang sepanjang hayat mesti diberikan kepada semua warga Singapura, tidak kira latar belakang mahupun keadaan hidup mereka.


Beliau menambah bahawa apabila masyarakat menjadi semakin maju, adalah lumrah manusia untuk mahu memberikan kelebihan yang telah diperoleh kepada anak-anak mereka – itu sebabnya lambat-laun, semua masyarakat menjadi lebih berstrata dan kurang mempunyai mobiliti sosial.


“Kita mesti melakukan sedaya upaya untuk mengatasi kecenderungan ini.


“Kita tidak boleh membiarkan kelebihan dan keistimewaan berakar umbi, dan berterusan selama beberapa generasi. 


“Ini akan melemahkan dan meruntuhkan masyarakat kita. Kita mesti memastikan meritokrasi yang lebih luas dan terbuka yang berfungsi dengan baik bagi semua warga Singapura,” ujar Puan Halimah, sambil menambah bahawa ini bermakna terdapat keperluan memikirkan semula pendekatan Singapura terhadap pendidikan dan kerja.


Masyarakat mesti mengkaji semula bagaimana ia mengiktiraf dan menghargai kemahiran dan bakat berbeza, serta memahami bahawa terdapat pelbagai jalan menuju kejayaan.


“Kita harus memberi nilai yang lebih besar kepada mereka yang mahir menggunakan tangan mereka dan menyumbang melalui kebolehan teknikal dan praktikal mereka, serta mereka yang mempunyai ciri sosial dan empati untuk cemerlang dalam pekerjaan seperti pengasuh atau khidmat masyarakat,” katanya.


Beliau juga mengatakan bahawa pemerintah akan memperbaiki jaringan keselamatan sosial untuk membantu warga Singapura menghadapi gangguan dan halangan dalam kehidupan dengan lebih baik, lebih-lebih lagi dalam dunia yang pesat berubah.


Dengan lebih banyak ketidaktentuan dalam ekonomi global serta perubahan teknologi, pekerja terutama mereka yang berusia 40-an dan 50-an tahun berdepan dengan risiko pengangguran dan ketidaksesuaian kemahiran yang lebih tinggi, jelasnya.


Puan Halimah turut menekankan keperluan membina Singapura yang hijau, terhubung dan selesa didiami. Namun, sekitaran terbina negara ini juga mesti mengambil kira orang yang tinggal di dalamnya.


Ini termasuk mengukuhkan lagi budaya dan warisan estet kejiranan berbeza, memastikan estet perumahan lebih kondusif bagi penduduk berkumpul dan berinteraksi dan di mana identiti unik Singapura sebagai negara berbilang kaum dan agama dapat disemai.


Puan Halimah juga berkata warga Singapura perlu mengukuhkan tanggungjawab bersama untuk membentuk kompak sosial.


Dalam ucapannya itu, beliau turut menekankan bahawa Singapura harus menahan tekanan untuk memihak pada sesiapa sedang persaingan geopolitik strategik membentuk semula perintah global.


“Kuasa-kuasa besar lebih menumpukan pada memastikan keuntungan mereka sendiri secara sehala, daripada menggalakkan kesalingbergantungan atau mengukuhkan sistem pelbagai hala.


“Berlatarbelakangkan persaingan kuasa besar, negara yang lebih kecil seperti Singapura mengalami tekanan yang semakin meningkat untuk berpihak. 


“Kita akan tertakluk kepada pengaruh asing dan kempen disinformasi, yang bertujuan membentuk pendapat awam domestik kita, dan memberi tekanan kepada pemerintah untuk menerima pendirian tertentu. 


“Kita mesti melakukan yang terbaik untuk menentang tekanan sedemikian,” ujar Puan Halimah.


Ucapan beliau merupakan Ucapan Presiden ketiga Puan Halimah, dan sekiranya beliau tidak berhasrat meneruskan penggal kedua dalam pilihan raya presiden akan datang tahun ini, ia merupakan Ucapan Presidennya yang terakhir.


Parlimen ke-14 telah ditangguhkan pada 24 Mac dan cuti dua minggu – yang dikenali sebagai prorog – menandakan titik pertengahan penggal pemerintah. 


Persidangan Kedua Parlimen Ke-14 dibuka pada 8.30 malam pada 10 April 2023.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >