Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Permintaan bagi kambing korban di S’pura kian meningkat

Jun 15, 2023 | 06:18 PM



Permintaan bagi ibadah korban yang dijalankan di dalam negara semakin rancak sejak beberapa minggu lalu, menurut beberapa pengendali privet yang menganjurkannya tahun ini.

Lebih 50 peratus daripada kambing korban yang ditawarkan sudahpun ditempah oleh masyarakat setempat.

Namun, ini tetap lebih rendah berbanding dengan permintaan sebelum pandemik dan antara sebab ialah kos kambing korban lebih tinggi, jelas mereka yang ditinjau.

Misalnya, kambing dari Australia ditawarkan Aaliyah’s Pte Ltd - satu-satunya syarikat privet setempat yang mempunyai kelulusan tender untuk menjalankan korban dari Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) - berharga $780, iaitu 60 peratus lebih tinggi berbanding pra-Covid disebabkan kos operasi lebih tinggi.

Kambing dari ladang ternakan Hay Dairies yang ditawarkan firma itu, berharga antara $1,200 dengan $2,000 bergantung kepada berat badan kambing.

Menjelaskan lebih lanjut, pengasas Aaliyah’s Pte Ltd, Encik Rafee Eunos yang bekerjasama dengan syarikat MabrookSG, berkata bahawa lebih 1,000 ekor kambing sudah ditempah untuk ibadah korban secara langsung di sini.

Beliau yang menjalankan korban dalam negara buat tiga tahun berturut-turut, menawarkan sebanyak 1,380 ekor kambing korban tahun ini - 180 daripada pakej kambing ternakan Hay Dairies Farm dan 1,200 kambing dari Australia.

Encik Rafee berkata bahawa hampir lebih 1,000 daripada 1,200 kambing dari Australia sudah ditempah sejak tempahan dibuka sekitar tiga minggu lalu manakala lebih 150 daripada 180 kambing dari Hay Dairies Farm telah ditempah.

Penyembelihan kambing dari Hay Dairies Farm akan dilakukan di Masjid Al-Firdaus di Choa Chu Kang, manakala kambing dari Australia akan disembelih di Masjid Petempatan Melayu Sembawang.

Encik Rafee menjelaskan harga kambing tahun ini lebih tinggi kerana syarikat privet perlu berbelanja lebih berbanding tahun-tahun sebelumnya.

“Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, kos operasi ditanggung sepenuhnya oleh syarikat dan harga berlebihan digunakan untuk menanggung kos operasi termasuk melibatkan tenaga sukarelawan dan kos pembinaan kandang.

“Namun, tujuan utama kami ialah untuk menguatkan lagi syiar Islam agar ibadah korban dapat djilankan secara langsung di tanah air sendiri,” tambah Encik Rafee.

Tambah beliau, pihaknya juga bekerjasama dengan seorang doktor haiwan dari Australia untuk memastikan kesihatan kambing demi memberi jaminan dan keyakinan kepada sohibul korban.

Selain Aaliyah’s Pte Ltd, terdapat juga syarikat privet lain seperti Al-Imtaq International & Services, Attawasol Insaniy dan Aliyah Rizq Holdings yang menganjurkan korban dalam negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Aliyah Rizq Holdings, Encik Mohamad Nor Ashraf Abu Bakar, berkongsi bahawa sebanyak 400 ekor kambing akan diterbangkan ke Singapura dari Australia, dengan sekitar 300 kambing sudah ditempah.

Menurutnya, harga kambing adalah $675 seekor dan penyembelihan akan dilakukan di dua lokasi iaitu Persatuan Muhammadiyah dan Persatuan Arab, Al Wehdah pada 29 Jun.

“Permintaan untuk menjalankan ibadah korban secara langsung di Singapura telah meningkat sejak minggu lalu dan saya menjangkakan baki kambing akan ditempah sebelum 20 Jun,” ujar Encik Ashraf.

Ini merupakan kali pertama Aliyah Rizq Holdings akan menawarkan khidmat ibadah korban setempat, melibatkan kerjasama dengan Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas), FJM Consultancy, Shakiras Pte Ltd, Pak Dollah dan MIJ Hub.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >