PERSATUAN Derma Amanah Muslimin (MTFA) menawarkan Dermasiswa, Anugerah Merit dan Biasiswa Pengasas MTFA kepada pelajar di institusi pengajian tinggi.
Dermasiswa dan Anugerah Merit dibuka kepada pelajar warga Singapura atau penduduk tetap (PR) beragama Islam dan menuntut sepenuh masa di Institut Pendidikan Teknikal (ITE), politeknik, maktab rendah, universiti-universiti di Singapura atau di universiti-universiti pengajian Islam yang diiktiraf di Timur Tengah dan Malaysia.