Permohonan kemasukan langsung sekolah menengah dan JC
May 10, 2016 | 05:30 AM
PERMOHONAN bagi kemasukan langsung ke sekolah menengah dan maktab rendah (JC) tahun depan bermula bulan ini, umum Kementerian Pendidikan (MOE) dalam satu kenyataan media semalam.
Politeknik pula akan mula menerima permohonan bagi kemasukan awal pada Jun di bawah satu skim baru.