Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Permohonan lebih tinggi bagi flat BTO lebih besar di Sembawang, Toa Payoh

Feb 18, 2020 | 02:15 PM



FLAT Bina Ikut Tempahan (BTO) lebih besar di Sembawang dan Toa Payoh meraih permohonan tinggi daripada pembeli dalam pelancaran  Lembaga Pembangunan Perumahan (HDB) yang terbaru. 



Terdapat lebih 10 pembeli yang memohon bagi setiap unit lima bilik dan flat tiga generasi (3-Gen) dalam projek Canberra Vista yang berhampiran stesen MRT Canberra di Sembawang. Sejumlah 221 unit lima bilik, dan 45 unit 3-Gen yang ditawarkan dalam projek itu.



Unit empat bilik di sana juga popular, dengan enam pembeli memohon bagi setiap unit, lapor The Straits Times.



Di Toa Payoh pula,  sebanyak 1,211 flat empat bilik menerima lebih 10,000 pemohonan, iaitu sekitar tujuh pembeli bagi setiap unit.



HDB telah melancarkan 3,095 flat BTO untuk dijual pada 11 Februari lalu dan latihan jualan tersebut telah ditutup semalam.



Mei nanti, HDB akan menawarkan lagi 3,700 flat BTO di Choa Chu Kang, Tengah, Pasir Ris dan Tampines.



Lagi 4,100 flat BTO di Woodlands, Ang Mo Kio, Bishan, Geylang dan Tampines akan ditawarkan pada Ogos 2020.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >