Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Permulaan rancak pada hari pertama suntikan Covid-19 bagi kanak-kanak antara enam bulan dengan empat tahun

Oct 25, 2022 | 05:55 PM



HARI pertama vaksinasi Covid-19 bagi kanak-kanak berusia antara enam bulan dengan empat tahun bermula dengan rancak pagi semalam (25 Okt), dengan pusat vaksinasi di serata negara penuh dengan ibu bapa dan anak mereka.


Ini selepas bermulanya pendaftaran yang dibuka minggu lalu buat ibu bapa dan penjaga bagi anak mereka mendapatkan vaksin Moderna Spikevax di salah satu daripada lima pusat tersebut di serata negara, di kawasan seperti Punggol, Tampines dan Queenstown.


Bagi golongan usia kanak-kanak itu, vaksin Moderna diberi dalam dua dos sebanyak 25 mikrogram setiap satu, ditadbir sekurang-kurangnya dalam tempoh lapan minggu.


Pusat vaksinasi di One Punggol, kendalian Thomson Medical, memberi 53 dos vaksin kepada kanak-kanak itu dalam dua jam pertama.


Punggol ialah bandar dengan kadar tertinggi kanak-kanak berusia bawah lima tahun, iaitu 8.3 peratus – atau kira-kira 14,640 – daripada 176,190 penduduk di estet itu tahun lalu, menurut angka Jabatan Perangkaan Singapura bagi 2021.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >