Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

Pernah gagal hampir semua subjek GCE ‘O’

Namun jaya genggam ijazah Sarjana Muda Seni Halus (Seni Media) dari Universiti Teknologi Nanyang
Jul 29, 2022 | 05:30 AM



Lebih 10,600 graduan Kelas 2022 dari Universiti Teknologi Nanyang (NTU) akan  menamatkan pengajian mereka dalam 25 majlis konvokesyen bermula 20 Julai hingga  30 Julai ini. Majlis konvokesyen pertama telah dipengerusikan oleh Presiden Halimah  Yacob selaku Canselor NTU. BERITA HARIAN berkongsi kisah siswazah yang masing-masing telah mencapai kejayaan meskipun laluan yang diambil mungkin berbeza.



DI sekolah menengah pada tahun beliau perlu menduduki peperiksaan GCE Peringkat ‘O’, Cik Maryam Muhamad Hamim gagal hampir semua mata pelajarannya kecuali bahasa dan seni.



Pada waktu itu juga, sepupunya berkongsi bahawa beliau telah menyertai Sekolah Media Interaktif dan Digital Politeknik Nanyang yang menawarkan kursus animasi.



“Dari situlah terputiknya minat saya terhadap animasi kerana saya tak bagus dalam mata pelajaran lain kecuali seni dan bahasa.



“Jadi saya buat keputusan untuk cuba bagi kemasukan langsung ke politeknik atau DPA ketika itu dan mujur saya diterima,” cerita beliau.



Setelah mendapat diplomanya, Cik Maryam, 25 tahun, bekerja di studio animasi, Weaving Clouds, di mana kedua-dua bosnya menggalakkan beliau supaya memburu ijazah pula.



Atas nasihat bosnya, Encik Harry Zhuang dan Encik Henry Zhuang, yang juga merupakan alumni Sekolah Seni, Reka Bentuk dan Media (ADM), Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Cik Maryam menyertai ADM.



Baru-baru ini, beliau berjaya menggenggam ijazah Sarjana Muda Seni Halus (Seni Media).



Menyingkap laluannya dalam memburu ijazah, anak sulung lima beradik itu berkata pengalamannya di universiti sangat baik dan di situlah beliau belajar menguruskan masa.



“Di politeknik, saya tidak mempunyai keseimbangan antara kerja dengan kehidupan kerana saya masih muda dan animasi merupakan sesuatu yang baru buat saya ketika itu, ia suatu yang sangat menarik.



“Lagi pula, setelah 10 tahun bersekolah, akhirnya saya mendapati diri saya cemerlang dalam sesuatu. 



“Di sekolah menengah saya gagal hampir semua subjek, tapi di politeknik saya lulus semua mata pelajaran dengan begitu baik sekali!



“Saya sebenarnya rasa sangat seronok ketika itu, tetapi disebabkan itu juga, saya tidak ketepikan masa untuk diri saya sendiri dan telah melalui beberapa fasa kemurungan sehingga saya terpaksa dimasukkan ke hospital sebab muntah-muntah,” kongsi Cik Maryam.



Belajar daripada kesilapan lalunya itu, beliau bertekad membahagikan waktunya dengan lebih baik di universiti. 



Meskipun sibuk dengan tanggungjawabnya sebagai naib pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pelajar ADM ke-15 ketika di NTU, beliau akan memastikan masa diketepikan untuk makan malam dan solat berjemaah bersama keluarganya hampir setiap hari.



Ditanya apakah rancangan seterusnya, Cik Maryam berkata beliau telah memohon untuk mengikuti program diploma possiswazah di Institut Pendidikan Nasional (NIE) dengan harapan untuk menjadi guru seni kelak.




“Di politeknik, saya tidak mempunyai keseimbangan antara kerja dengan kehidupan  kerana saya masih muda dan animasi merupakan sesuatu yang baru buat saya ketika  itu, ia suatu yang sangat menarik. Lagi pula, setelah 10 tahun bersekolah, akhirnya saya mendapati diri saya cemerlang dalam sesuatu. Di sekolah menengah  saya gagal hampir semua subjek, tapi di politeknik saya lulus semua mata pelajaran  dengan begitu baik sekali!
- Cik Maryam Muhamad Hamim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >