Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Perniagaan sate kini diwarisi anak-anak

Jul 14, 2022 | 05:30 AM



MEMBINA hubungan yang baik dengan pelanggan, memastikan makanan hidangan sentiasa berkualiti dan sentiasa bersikap rendah diri untuk menerima maklum balas.



Itulah antara rahsia-rahsia dan prinsip yang dipegang Cik Aini Ishak, 67 tahun, mengenai kejayaan gerai Satay Solonya yang terletak di Pusat Penjaja Bedok Corner.



Cik Aini telah berniaga di gerainya selama lebih 20 tahun sejak dia ambil alih gerai itu dari ibu dan bapanya pada tahun 2005.



Baginya, minat untuk memasak dan terasa terdorong dengan mereka yang memuji makanan yang dimasak olehnya membuatnya kekal berniaga walaupun pekerjaan sebagai seorang penjaja itu amat berat.



"Kehidupan seorang penjaja memang penuh dengan banyak cabaran dan seseorang yang ingin menjaja harus sanggup bekerja keras serta masa yang panjang untuk menjayakan perniagaan mereka.



"Yang paling penting, seorang penjaja harus akur bahawa perkhidmatan mereka kepada pelanggan itu penting dan perlu banyak bersabar dan bersikap rendah diri untuk menerima maklum balas untuk meningkatkan lagi kualiti makanan yang dihidangkan," ujarnya.



Gerai Satay Solo bermula dengan datuknya yang dikenali sebagai Wak Karimin yang berasal daripada Solo, sebuah bandar di Jawa.



Dia mengembara ke Singapura dan memulakan menjaja sate dengan resipi satenya pada tahun 1939.



Menurut Cik Aini, datuk dan neneknya bermula dengan menjual sate dan hidangan lain di tepi pantai.



Dia masih ingat zaman kanak-kanaknya di gerai tepi pantai itu apabila ibu bapanya mengambil alih perniagaan dari datuk dan neneknya.



Sejak perniagaan di gerai tepi pantai itu, Satay Solo kekal sentiasa di kawasan yang sama dan menetap di Pusat Penjaja Bedok Corner.



Satay Solo menyajikan pelbagai hidangan dan tidak terhad kepada jualan sate sahaja.



Di antara sajian masakan ala kampung itu termasuk hidangan yang digemari ramai: Nasi Rawon dan Nasi Jenganan (yang hanya dihidangkan pada hari Ahad).



Kini, kedua-dua anak ketiga dan anak sulung Cik Aini, Cik Naseeha Abdul Rahman, 33 tahun dan Cik Ariana Abdul Rahman, 27 tahun, membantunya mengelolakan gerai itu dan dia berasa amat bangga bahawa anak-anaknya berminat mengambil alih perniagaannya.



Dia menyatakan bahawa dia mula mempersiapkan anak-anak perempuannya untuk mengambil alih gerainya dengan memastikan mereka mengetahui sepenuhnya bagaimana gerainya beroperasi termasuk bagaimana memasak semua masakan yang dihidangkan setiap hari.



"Saya generasi ketiga dan mereka akan menjadi generasi keempat mengelolakan gerai ini. Saya bangga mereka berminat mengambil alih gerai ini supaya tradisi makanan yang kami hidangkan tidak luput," ujarnya.



Menurutnya, walaupun kedua-dua anak perempuannya sudah menguasai masakan dan operasi gerai Satay Solo, dia masih ke gerai setiap hari untuk memastikan hidangan yang disediakan berkualiti.



"Saya tetap datang awal setiap hari untuk membantu menyediakan makanan dan memastikan bahawa semua makanan yang dimasak berkualiti sebelum dijual kepada pelanggan.



"Bagi saya, setiap masakan perlu melalui "pemeriksaan kualiti" termasuk masakan saya sendiri dengan mendapatkan pendapat orang lain untuk memastikan bahawa benar-benar sedap," katanya.



Sememangnya, Cik Aini kadang-kadang tiba seawal empat atau lima pagi untuk membantu dengan persediaan sehingga waktu makan tengah hari di mana dia akan menyerahkan segala-galanya di tangan anak-anak perempuannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >