Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perogol langgar ikat jamin, dipercayai berada di Thailand

Jul 23, 2018 | 04:53 PM



SEORANG lelaki yang dituduh merogol telah melanggar ikat jaminnya dan telah melarikan diri ke Thailand, mahkamah diberitahu hari ini (23 Julai).



Menurut laporan The Straits Times, waran tangkap telah dikeluarkan ke atas Ong Soon Heng, 41 tahun, yang dijatuhkan hukuman penjara 13 1/2 tahun dan 12 sebatan November lalu kerana merogol seorang siswi yang mabuk pada 2014.



Ong telah membawa siswi tersebut ke rumahnya daripada kelab malam Zouk.



Wanita itu berusia 22 tahun ketika itu dan bekerja sebagai pelatih (intern) di syarikat teman Ong.



Setelah dijatuhkan hukuman, Ong dibebaskan dengan ikat jamin $80,000 sementara menunggu rayuannya terhadap hukuman tersebut.



Rayuan itu kini dijadualkan untuk didengar pada November ini.



Namun, bulan lalu, tuan tanah dan abangnya, yang merupakan pengikat jaminnya, tidak dapat menghubungi Ong, mahkamah diberitahu.



Abangnya membuat laporan polis pada 21 Jun lalu.



Timbalan Pendakwa Raya Eunice Lau memberitahu mahkamah bahawa pasport Ong masih dipegang pihak polis dan tiada sebarang rekod rasmi yang menunjukkan dia telah meninggalkan negara.



Namun, terdapat rekod pengeluaran wang yang dilakukan di Thailand daripada akaun bank Ong.



Peguam Ong, Encik Sunil Sudheesan memberitahu mahkamah beliau kali terakhir berjumpa dengan anak guamnya itu April lalu. Sejak dari itu, mereka hanya berhubung melalui emel.



Permohonan Encik Sudheesan untuk melepaskan dirinya sebagai peguam Ong telah diluluskan oleh mahkamah.



Pada 24 Julai 2014, Ong dan mangsanya berada di Zouk bersama teman mereka.



Rakaman kamera menunjukkan Ong mengangkat wanita tersebut yang lesu ketika itu dan meletakkannya di tempat duduk belakang keretanya.



Pada sekitar 4 pagi, Ong membawanya ke rumahnya di Hume Heights di mana dia merogol wanita tersebut sedang mangsa tidak sedarkan diri.



Teman lelaki wanita tersebut mendapati temanitanya itu dalam keadaan terlengar  apabila beliau menemukannya di rumah Ong menggunakan aplikasi telefon setelah tidak dapat menghubunginya



Ong mendakwa wanita itu bukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dan telah menyetujui hubungan seks tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >