Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

Perpustakaan mesra anak keperluan khas, kurang upaya

Sediakan secara percuma sumber, mainan pendidikan bagi bantu ibu bapa dalam perkembangan anak
Jan 01, 2023 | 05:30 AM



SEBAGAI ibu seorang anak berkeperluan khas, Cik Norfadillah Ahmad berasa adakala sukar mendapatkan bahan seperti buku panduan atau mainan yang memenuhi keperluan kanak-kanak seperti anaknya.



Beliau sering melungsuri Internet untuk mencari dan mendapatkan sumber sesuai dan terpaksa membelanjakan wang yang banyak untuk anak tunggalnya, yang mengalami gangguan spektrum autisme (ASD) dan gangguan pemprosesan deria (sensory processing disorder).



Cik Norfadillah, 39 tahun, berkata ia menyukarkan usaha membesarkan anak berkeperluan khas, lebih-lebih lagi bagi ibu bapa tanpa pengalaman.



"Sebelum ini saya akan mencari sumber berbeza dalam talian dan apabila saya mendapati sesuatu yang sesuai dan bagus, saya akan mencetaknya sendiri.



"Saya juga menggunakan Internet untuk mencari tempat saya boleh mendapatkan bahan berbeza, seperti mainan deria khas untuk anak saya. Sesetengah kedai menjual mainan atau buku permainan khas ini tetapi harganya amat mahal.



"Saya perlu mencari dan mendapatkan bahan yang bermanfaat bukan bagi diri saya sahaja, bahkan anak saya," kata beliau.



Suri rumah itu berkongsi kepada Berita Minggu adalah sukar membawa anaknya, yang kini berusia 12 tahun, ke perpustakaan awam.



Menurutnya, rutin mudah seperti itu boleh memberi cabaran kepada ibu bapa anak sedemikian.



Namun kini beliau banyak memanfaatkan sebuah ruang mesra kanak-kanak berkeperluan khas dan kurang upaya yang dibuka di Rainbow Centre di Margaret Drive beberapa bulan lalu.



Play.Able ialah sebuah perpustakaan sumber masyarakat percuma untuk golongan yang mempunyai keperluan khas atau kurang upaya.



Ia mempunyai pelbagai jenis mainan, daripada 'puzzle' hingga mainan sentuhan.



Pengunjung juga boleh meminjam hingga empat buku atau mainan selama tiga minggu.



Perpustakaan itu adalah projek perintis yang ditubuhkan oleh Cik Sherry Soon, pengasas badan amal Be Kind SG, dan Cik Sun Meilan, yang mengendalikan laman Facebook Friends of ASD Families. Cik Sun juga mempunyai seorang anaknya juga mempunyai autisme.



Menurut Cik Soon, Play.Able mempunyai tiga matlamat utama, iaitu menyediakan ruang selamat bagi kanak-kanak berkeperluan khas bermain sendirian atau bersama kanak-kanak lain; menyokong keluarga yang mempunyai kanak-kanak berkeperluan khas, terutamanya yang baru dalam perjalanan penjagaan mereka; dan mewujudkan peluang pekerjaan bagi penjaga kanak-kanak berkeperluan khas.



"Ini dilakukan dengan menyediakan rangkaian mainan pendidikan yang dipilih khas, sumber dan bahan pembelajaran yang boleh dipinjamkan kepada ibu bapa untuk membantu perkembangan anak mereka, dan untuk bertemu keluarga lain," kata Cik Soon.



Setelah mendapat tahu tentang inisiatif itu, yang disokong dana daripada The Majurity Trust, Cik Norfadillah mendaftar sebagai penyelaras ibu bapa dan bekerja sambilan di Play.Able menguruskan perpustakaan apabila anaknya menghadiri kelas di Rainbow Centre.



"Saya menjadi sukarelawan di Rainbow Centre sejak lapan tahun lalu dan saya juga ketua kumpulan sokongan di pusat itu. Apabila saya mendengar tentang Play.Able, saya sangat berminat untuk membantu.



"Saya rasa ini peluang untuk ibu bapa dan pengasuh bertemu dan juga adalah penting untuk membantu perkembangan anak kami kerana mereka boleh berinteraksi dengan rakan-rakan mereka melalui janji temu bermain di perpustakaan ini," ujar Cik Norfadillah.



Cik Soon berkata ramai ibu bapa berkongsi harapan bertemu ibu bapa lain, dan menawarkan sokongan kepada satu sama lain dalam perjalanan penjagaan mereka.



Mereka yang berminat menggunakan ruang itu boleh menjadi ahli, namun ia dibuka hanya kepada keluarga yang mempunyai anak berkeperluan khas yang telah mendaftar atau menunggu tempat di pusat campur tangan awal, atau mereka yang mempunyai anak yang mendaftar atau telah menamatkan pengajian di sekolah pendidikan khas Kementerian Pendidikan (MOE).



Play.Able dibuka pada petang Selasa, Khamis dan Jumaat serta pagi Khamis, selama tiga hingga empat jam setiap kali.



"Ibu bapa boleh menempah slot masa untuk mengunjungi Play.Able dan meminjam sumber yang kami sediakan bagi menyokong perkembangan anak mereka.



"Anak-anak mereka boleh bermain di ruang yang kami sediakan dan meneroka pelbagai mainan dan sumber yang telah dipilih khas," kata Cik Soon.



Mengenai aspirasinya bagi Play.Able, Cik Soon berharap ia dapat membantu membina asas kukuh untuk kanak-kanak berkeperluan khas mencapai potensi penuh mereka apabila mereka dewasa.



"Yang ingin kami capai pada jangka panjang ialah memastikan setiap kanak-kanak berkeperluan khas mempunyai persekitaran dalaman berasaskan masyarakat yang menyediakan ruang selamat untuk mereka belajar melalui bermain dengan kanak-kanak lain.



"Kami juga mahu menyediakan bagi pengasuh, terutamanya yang baru dalam perjalanan penjagaan mereka, akses lengkap kepada sumber tambahan bagi intervensi awal.



"Dan yang penting sekali, kami juga berharap orang ramai dapat menyokong usaha kami dan membantu kami bersama-sama membina masyarakat inklusif," kata Cik Soon.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >