Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DALAM NEGERI

Persatuan bola sepak berjalan setempat bakal ke Indonesia, galak gaya hidup sihat

Dec 12, 2022 | 05:30 AM



DALAM suasana hangat musim bola sepak piala dunia sekarang, Persatuan Bola Sepak Berjalan Untuk Kesihatan, (Walking Football4Health) juga tidak mahu ketinggalan dan baru-baru ini mengadakan sesi bermain bola bersama Anggota Parlimen (AP) GRC Bishan-Toa Payoh, Encik Saktiandi Supaat, di Kelab Masyarakat Toa Payoh East kelmarin sebelum menonton Piala Dunia pada malam itu bersama.



Persatuan Bola Sepak Berjalan Untuk Kesihatan akan ke Indonesia untuk merasmikan pertubuhan yang sama di sana. Dua pasukan - pasukan lelaki, dan pasukan campuran yang terdiri dari mereka dari peringkat umur berbeza - akan berlawan dengan pasukan di Indonesia.



Pengasas dan Pengarah Pembangunan dan Penyelidikan Antarabangsa untuk Persatuan Bola Sepak Berjalan, England, Dr Dee Dee Mahmood, akan ke Indonesia untuk menandatangani MOU dengan Ir. Hendra Hartono, Pengerusi, Persejasi (Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia) untuk pembangunan Walking Football4Health Indonesia untuk mempromosikan gaya hidup sihat merentasi semua peringkat umur, jantina dan tahap kecergasan melalui bola sepak berjalan.



Inisiatif pergerakan komuniti merentas negara, sejak 2016, mempromosikan komuniti penglibatan untuk penuaan aktif, ikatan sosial keluarga dan komuniti untuk meningkatkan kualiti hidup.



Encik Saktiandi, yang turut turun ke padang bersama-sama dengan peserta kumpulan itu, berkata inisiatif ke Indonesia tentunya akan membina silaturahim antara kedua-dua negara itu.



"Ada banyak perkembangan yang saya lihat semenjak inisiatif ini dimulakan. Pertama ialah lebih ramai penduduk Toa Payoh, dan Singapura menyertai inisiatif ini.



"Kedua pula dari segi membina kesihatan, ketiga ialah dari segi membina persahabatan," katanya.



Perlawanan pameran pelancaran serta kejohanan bola sepak berjalan kaki antara wilayah akan dimainkan oleh Walking Football4Health Singapura yang akan berlawan pasukan Indonesia dalam acara yang diadakan khas, iaitu "Semarak Persejasi" di Jakarta pada perlawanan akhir Piala Dunia pada 18 Disember nanti.



Bola sepak berjalan adalah versi bola sepak yang diubah suai, dengan peraturan tanpa larian dan tanpa kontak. Peraturan ini membuat aktiviti ini selamat buat semua peringkat umur dan seisi keluarga.



Selain daripada latihan mingguannya pada hari Ahad dari 5 petang hingga 7 malam di Stadium Toa Payoh, persatuan ini juga menyokong kerjasama, Pandu Amal Ramadhan dan Active SG/Sport Sg-Lion Befrienders dalam projek perintis Daerah Sihat.



Mereka yang berminat boleh hubungi : 91807372 atau www.deedeefitness.com.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >