Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Persatuan Muhammadiyah lancar Projek Wahdah untuk naik taraf bangunan ibu pejabat

May 13, 2023 | 05:36 PM



LEBIH banyak bilik darjah, musollah yang lebih besar serta tambahan satu lagi tingkat untuk menempatkan dewan serbaguna yang boleh menampung 150 orang – itulah antara yang ingin dicapai bagi Projek Wahdah.



Ini diumumkan pada perjumpaan Hari Raya Persatuan Muhammadiyah yang diadakan di ibu pejabatnya di Jalan Selamat dekat Kembangan pada Sabtu.



Bermaksud ‘perpaduan’ dalam bahasa Arab, projek naik taraf itu dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim dan presiden Persatuan Muhammadiyah, Ustaz Md Azri Azman.



Dr Faishal merupakan tetamu terhormat acara tersebut.

Memberi butiran lanjut tentang Projek Wahdah, setiausaha agung Persatuan Muhammadiyah, Cik Roszanah Abdul Salim berkata projek naik taraf itu akan menambah empat lagi bilik darjah di ibu pejabat persatuan itu, membesarkan ruang musollah di sana serta menambah satu lagi tingkat di bangunan tersebut.



Bangunan ibu pejabat Persatuan Muhammadiyah sedia ada kini berusia 38 tahun.



Buat masa ini, terdapat empat bilik darjah yang terletak di aras dua bangunan tiga tingkat itu, yang digunakan bagi kelas-kelas agama mingguan bagi pelajar peringkat sekolah rendah dan menengah.



Musollah sedia ada boleh menempatkan hanya sekitar 200 orang, dan selalu penuh bagi solat Jumaat.



Selain itu, buat masa ini, ibu pejabat persatuan itu tidak mempunyai dewan serbaguna dan jika majlis seperti perhimpunan kakitangan ingin diadakan, mereka akan mengguna ruang bilik darjah sahaja.



“Projek Wahdah ialah bagi generasi-generasi akan datang.



“Visi kami bagi pusat baru yang dinaik taraf ialah untuk menyatukan orang ramai bagi melakukan perkara baik bersama.



“Insyaallah dengan tambahan ruang yang bakal kami ada dan dengan kemudahan yang lebih baik serta teknologi sedia masa depan, generasi akan datang mempunyai platform terbaik untuk berkhidmat kepada mereka yang kami bantu,” kata Cik Roszanah.



Projek yang menelan belanja $2.5 juta itu dijangka bermula pada Julai 2023 dan memakan masa sekitar setahun untuk siap, menurut persatuan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >