Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PEMANSUHAN SEKSYEN 377A

Persatuan Muhammadiyah prihatin, namun hargai jaminan pemerintah

Aug 26, 2022 | 05:30 AM



PERSATUAN Muhammadiyah melahirkan rasa kesal dengan pengumuman Seksyen 377A bakal dimansuhkan, namun menghargai jaminan pemerintah bahawa takrif perkahwinan sekarang akan dikekalkan dan dilindungi.



Takrif itu adalah hubungan sah antara lelaki dengan wanita, bukan antara lelaki dengan lelaki dan juga bukan antara wanita dengan wanita.



Dalam satu kenyataan semalam, persatuan itu menyatakan ia terus berpegang teguh pada prinsipnya untuk mengekalkan nilai agama dan moral demi menjaga kesucian perkahwinan dan unit keluarga.



Persatuan itu melahirkan kebimbangan kesan jangka panjang yang mungkin berlaku ke atas masyarakat.



Sebagai satu pertubuhan berlandaskan tradisi dan ajaran Islam, adalah menjadi misinya untuk membentuk zuriat soleh dan solehah, menerapkan nilai moral kukuh dalam diri mereka, dan menyemai etika Islam yang memberi manfaat kepada masyarakat secara keseluruhan, sekali gus meninggalkan kesan positif kepada manusia.



"Kami benar-benar menghargai jaminan pemerintah bahawa takrif perkahwinan sekarang - hubungan sah antara lelaki dengan wanita, bukan antara lelaki dengan lelaki dan bukan antara wanita dengan wanita - akan tetap dikekalkan dan dilindungi.



"Kami akan meneruskan usaha pendekatan kami dengan pihak berkepentingan, termasuk agensi pemerintah dan pertubuhan lain, untuk mengekalkan nilai-nilai ini dan bekerjasama untuk mengukuhkan lagi institusi keluarga di Singapura."



Semasa Rapat Hari Kebangsaan baru-baru ini, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, mengumumkan bahawa pemerintah akan meminda Perlembagaan untuk melindungi takrif perkahwinan sebagai antara seorang lelaki dan seorang wanita.



Ini merupakan sebahagian usaha mahu melindungi takrif itu di bawah undang-undang itu, yang terkandung dalam Akta Terjemahan dan Piagam Wanita, daripada di cabar dari segi Perlembagaan di mahkamah.



Ini sedang pemerintah mengambil langkah memansuhkan Seksyen 377A, undang-undang yang menyifatkan seks sejenis antara lelaki sebagai satu jenayah.



Sebelum ini, Pejabat Mufti di bawah Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) menyatakan sebarang perubahan undang-undang tidak bermakna cara kehidupan masyarakat Islam di sini akan berubah. Namun, masyarakat Islam harus memelihara nilai keagamaan dan kekeluargaan yang dimilikinya, terutama apabila kededua nilai ini di-cabar atau dipertikai secara langsung.



Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) pula sangat menyokong langkah pemerintah untuk meminda perlembagaan Singapura bagi tujuan memelihara takrifan perkahwinan antara lelaki dengan wanita. Pertubuhan itu menggesa agar pindaan itu dilaksanakan dengan segera.



Kenyataan penuh boleh dibaca di https://www.beritaharian.sg/




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >