Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Persediaan peralihan kepimpinan 4G berjalan baik: Shanmugam

Apr 08, 2023 | 05:57 PM



PERSEDIAAN Singapura untuk peralihan kepimpinan politiknya sedang dilakukan "sebaik mungkin", kata Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam.





Beliau juga menyatakan bahawa apa yang membezakan pemimpin Singapura daripada rakan sejawatan mereka di banyak negara lain ialah "tahap latihan" yang mereka lalui sebelum kenaikan pangkat.


Menurut penilaian Encik Shanmugam, kepimpinan generasi keempat (4G) sejauh ini "berjalan dengan baik".


Dalam laporan hasil wawancaranya itu dengan South China Morning Post (SCMP) yang  diterbitkan pada Sabtu (8 Apr), Encik Shanmugam mendedahkan bagaimana krisis disebabkan pandemik Covid-19 dan isu perumahan membolehkan pemimpin 4G memperoleh pengalaman yang tidak ternilai.


Beliau memberi contoh 'kedewasaan' barisan pemimpin generasi ke-4 seperti Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong dan Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, yang berada dalam perkhidmatan awam sebelum mereka memasuki politik.


“Sekarang, jika anda lihat DPM Lawrence, yang telah dikenal pasti oleh rakan-rakannya (sebagai ketua mereka), beliau masuk (menyertai politik) pada 2011. Sebelum itu, dia sudah bertugas sebagai Ketua Setiausaha Sulit kepada (Perdana Menteri Lee Hsien Loong) dan di jawatan kanan perkhidmatan awam yang lain, jadi beliau memahami dasar awam," kata Encik Shanmugam.


"Dalam politik, beliau bermula sebagai Menteri Negara, dia kini mempunyai 12 tahun. Dia akan mempunyai lebih sedikit masa sebelum mengambil alih. Tidak sebanyak PM, tetapi agak banyak."


Dia menambah: "Jika anda melihat 4G... ambil mana-mana daripada mereka. Lihatlah Desmond. Beliau dalam perkhidmatan awam. Kemudian, dia pernah bersama saya di (kementerian) Hal Ehwal Dalam Negeri, jadi dia memahami keselamatan. Sekarang, beliau berurusan dengan masalah, isu yang mencengkam banyak negara – perumahan... Dia pasti, saya pasti, akan menanganinya."


Pada 21 April 2022, DPM Wong telah dinamakan sebagai ketua generasi keempat kepimpinan politik Singapura. Keputusan itu turut diperakui oleh semua ahli Parlimen pemerintah dalam kaukus parti.


Bagaimanapun, masa penyerahan kepimpinan belum ditetapkan. Namun DPM Wong berkata pada September tahun lalu bahawa beliau akan mengambil alih tampuk kepimpinan daripada PM Lee pada masa beliau dan seluruh pasukan 4G "bersedia untuk itu" .


Dalam wawancaranya dengan SCMP, Encik Shanmugam menyatakan bahawa "jika anda mahu menjadi perdana menteri, di kebanyakan negara, anda tidak memerlukan sebarang latihan".


"Apa yang anda perlu lakukan ialah bertanding untuk pilihan raya, kelihatan agak baik, katakan sesuatu yang menarik dan anda boleh dipilih," katanya.


"Kami, bagaimanapun, berbeza. Kami fikir beberapa tahap latihan secara amnya berguna, beberapa tahap pengalaman berguna, sebelum anda menjadi menteri atau perdana menteri," terang Encik Shanmugam.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >