Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Persembahan Chingay secara digital buat kali pertama

Feb 20, 2021 | 11:01 PM



PERARAKAN jalan Chingay –  yang memasuki tahun ke-49 – dipersembah secara digital buat kali pertamanya pada  Sabtu malam (20 Februari).

Bertemakan Cahaya Harapan (Light of Hope), ia menampilkan kira-kira 2,000 peserta  dan 150 pertubuhan  dari Singapura dan serata  dunia yang mengadakan pelbagai persembahan.

Persembahan digital itu juga melibatkan penggunaan kesan gambar yang dihasilkan komputer yang menggabungkan persembahan fizikal dan maya daripada enam segmen perbarisan.

Ini termasuk persembahan pembukaan oleh peserta  daripada 18 kumpulan tarian tempatan yang khusus dalam pelbagai genre termasuk  Latin, hip-hop dan balet, dan satu aksi yang meraikan budaya penjaja Singapura.

Lebih  500 penduduk juga mempersembahkan lagu As I Believe,  lagu oleh bintang Mandopop tempatan, JJ Lin, dalam pertunjukan yang menunjukkan sokongan kepada  Singapura dalam memerangi wabak Covid-19.

Acara tahunan, yang dihadiri Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan isterinya, Cik Ho Ching, diadakan di Theatre di Mediacorp.

Ia disiarkan di wadah seperti saluran Mediacorp 5 dan 8 dan laman web rasmi Chingay.

Cik Jeanie Tan, ketua jawatankuasa eksekutif Chingay 2021 dan pengarah kumpulan di Persatuan Rakyat (PA), yang merupakan penganjur acara, mengatakan ia berharap dapat menghiburkan penduduk pada masa  tidak menentu sekarang  dan menggembleng setiap penduduk dalam masyarakat  untuk mengharapkan masa depan yang lebih baik.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >