Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERJANJIAN RANTAU MAKLUMAT PENERBANGAN (FIR) DAN RANGKA KERJA DIPERLUAS ANTARA SINGAPURA DAN INDONESIA

Persetujuan FIR berfaedah bagi kededua negara, antarabangsa

SM Teo, Iswaran: Aturan terbaru urus penerbangan awam penuhi keinginan kedua-dua negara, beri pencerahan
Feb 15, 2022 | 05:30 AM



PERJANJIAN yang ditandatangani Singapura dan Indonesia berhubung pengurusan ruang udara baru-baru ini akan memberi manfaat kepada sektor penerbangan awam di kededua negara dan antarabangsa.



Demikian menurut Menteri Kanan, Encik Teo Chee Hean, dan Menteri Pengangkutan, Encik S. Iswaran, dalam kenyataan menteri mengenai isu rantau maklumat penerbangan (FIR) di Parlimen semalam.



"Kami percaya aturan FIR itu akan memberi manfaat kepada sektor penerbangan kededua negara dan pengguna ruang udara rantau ini," kata Encik Teo, yang juga Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara.



Singapura dan Indonesia baru-baru ini bersetuju menyelaras semula sempadan FIR Singapura dan Jakarta, satu isu yang menjadi agenda dua hala sejak beberapa dekad lalu.



Ia antara perjanjian yang ditandatangani dalam Rahat Pemimpin Singapura-Indonesia di Bintan pada 25 Januari.



Beberapa Anggota Parlimen (AP), termasuk Encik Gan Thiam Poh (GRC Ang Mo Kio), Encik Pritam Singh (GRC Aljunied), dan Encik Saktiandi Supaat (GRC Bishan-Toa Payoh), bertanya mengenai perjanjian itu dan kesannya ke atas Singapura.



Encik Teo menjelaskan aturan FIR ditubuh di bawah Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) bagi tujuan mengurus penerbangan awam untuk memastikan keselamatan dan keberkesanan trafik udara, serta memajukan penerbangan awam antarabangsa.



Indonesia telah meluahkan keinginan menyelaras sempadan FIR sejajar dengan perairan wilayahnya yang diperluas, termasuk perairan kepulauan di bawah Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Undang-Undang Kelautan (Unclos).



Kepentingan Singapura ialah keperluan Lapangan Terbang Changi sekarang dan masa depan.



"Perjanjian FIR yang diselesaikan di bawah Rangka Kerja Diperluas telah mengatasi pertimbangan utama ini," kata Encik Teo.



Encik Iswaran pula menerangkan tentang pelbagai model pengurusan trafik penerbangan awam, yang boleh mengikut ruang udara wilayahnya, atau tidak mengikuti sempadan wilayah di bawah FIR.



Isu FIR menjadi agenda dua hala Indonesia-Singapura selama beberapa dekad, kata Encik Iswaran. Perjanjian terbaru itu "memberi pencerahan, kepastian dan keyakinan" bagi mengatasi pelbagai isu, ujarnya.



"Huraiannya akan memberi pencerahan bukan kepada kededua negara sahaja, bahkan masyarakat penerbangan awam antarabangsa. Ia akan meletakkan dasar bagi kita memperkukuh kerjasama dua hala dalam sektor penerbangan dan merentas hubungan kita yang lebih luas," ujar belau.



Perjanjian FIR itu akan berkuat kuasa selama 25 tahun dan boleh dilanjutkan dengan persetujuan bersama. Encik Pritam dan Encik Saktiandi bertanya apa akan berlaku selepas tempoh itu.



Encik Iswaran menjawab: "Perjanjian FIR itu bertahan lama dan berpanjangan. Kita akan mempunyai 25 tahun untuk melaksana Aturan FIR dan meraih pengalaman daripada aturan baru itu."



Encik Seah Kian Peng (GRC Marine Parade) bertanya apakah perjanjian itu boleh diperbaharui secara automatik. Encik Iswaran berkata tumpuan kini ialah mengesahkan dan melaksana aturan yang disetujui itu.



"Saya tidak akan mengetepikan struktur alternatif pada masa depan, tetapi saya juga tidak mahu terburu-buru mengadakan perbincangan sedemikian pada waktu ini. Dari sudut pandangan pemerintah, apa yang kita ada hari ini adalah satu perjanjian baik. Perjanjian boleh menjadi lebih baik, tetapi sebaliknya juga boleh berlaku.



"Jadi ia berkenaan apa yang berkesan, dan apa yang baik untuk semua pihak," ujarnya.




SALING BERMANFAAT



"Kami percaya aturan FIR itu akan memberi manfaat kepada sektor penerbangan kededua negara dan pengguna ruang udara rantau ini,"

- Menteri Kanan, Encik Teo Chee Hean, yang juga Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara.




PERJANJIAN ANTARA SINGAPURA DAN INDONESIA YANG DIMETERAI BARU-BARU INI



PERJANJIAN RANTAU MAKLUMAT PENERBANGAN (FIR)



- Singapura dan Indonesia setuju selaras semula sempadan antara rantau maklumat penerbangan (FIR) Jakarta dan FIR Singapura

- Indonesia akan wakilkan kepada Singapura peruntukan perkhidmatan navigasi udara di bahagian ruang udara dalam FIR Jakarta yang diselaras semula

- Perjanjian akan berkuat kuasa selama 25 tahun dan boleh dilanjutkan dengan persetujuan bersama



PERJANJIAN EKSTRADISI



- Singapura dan Indonesia akan benarkan ekstradisi - penyerahan individu yang dikehendaki kerana jenayah di negara lain - bagi satu senarai kesalahan menyeluruh di bawah perjanjian itu

- Ini akan menurut undang-undang kedua-dua negara dan tertakluk pada perlindungan dan peruntukan relevan

- Individu yang dikehendaki kerana jenayah sejak 18 tahun lalu boleh diekstradisi



PERJANJIAN KERJASAMA PERTAHANAN (DCA)



- Kukuhkan hubungan strategik antara agensi pertahanan, dan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan Angkatan Pertahanan Nasional Indonesia (TNI) dua negara itu

- Pertingkat kerjasama dan galak interaksi lebih erat antara dua angkatan tentera itu

- SAF akan jalankan latihan dan latihan ketenteraan di kawasan latihan di Indonesia, dengan menghormati sepenuhnya kedaulatan Indonesia

- DCA dan aturan pelaksanaan antara dua angkatan tentera itu bagi kawasan latihan ketenteraan di Indonesia akan berkuat kuasa selama 25 tahun




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >