Ramadan merupakan masa yang terbaik untuk memperbaiki diri dari segi jasmani dan kerohanian. Mempunyai niat yang betul boleh membantu kita dalam memperbaiki diri kita. Cara mudah untuk bantu memenuhi niat kita adalah dengan menyenaraikan matlamat-matlamat kecil yang ingin kita capai sewaktu bulan Ramadan. Jika kita berazam dan berusaha untuk mencapai matlamat-matlamat kecil setiap hari, pastinya, pada hujung bulan Ramadan, kita akan rasa bahawa kita telah mencapai matlamat kita yang besar.
PERSEDIAAN BADAN