Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pertama kali Bulan Bahasa dijalankan dalam talian akibat Covid-19

Sep 05, 2020 | 09:30 PM



BUAT julung-julung kalinya, Bulan Bahasa dilancarkan di kaca televisyen  dan segala program bahasa dijalankan  dalam talian bagi mematuhi langkah-langkah keselamatan akibat pandemik Covid-19 berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya di mana ia diadakan dalam bentuk acara besar lagi gah.



Pelancaran itu yang telah disiarkan di Mediacorp Suria sebentar tadi telah dihadiri tetamu terhormat Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat.



Kempen tahun ini, yang membawa tema Cita.Citra.Cinta. Bahasa Kita, berlangsung dari 15 Ogos hingga 11 Oktober dan memuatkan program yang dijalankan menggunakan wadah seperti Zoom dan media sosial seperti Facebook.



Semasa pelancaran itu, Encik Heng juga telah menyampaikan sijil kepada dua daripada tiga duta bahasa tahun ini.



Mereka adalah pensyarah dan Zamil Kanan di Iseas-Institut Yusof Ishak, Dr Norshahril Saat; dan pengarah urusan syarikat ScreenBox Pte Ltd, Encik Sujimy Mohamad.



Pakar geriatrik dari Hospital Raffles Dr Nur Farhan Alami yang juga duta bahasa tahun ini tidak dapat hadir dalam sesi pelancaran itu.  




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >