Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pertama kali naik pesawat ikuti sidang di Jepun

Sep 18, 2017 | 05:30 AM



SEPANJANG hidupnya beliau tidak pernah menaiki pesawat.



Impian sebegitu ibarat sukar dicapai memandangkan murid darjah lima, Aaryan Danish Hydir, tinggal bersama ibu tunggal yang bertugas di gerai menjual sate dan tergolong di kalangan keluarga berpendapatan rendah.



Namun Aaryan Danish bernasib baik kerana beliau adalah salah seorang daripada empat murid yang dikenal pasti oleh Persatuan Rakyat (PA) yang buat julung kalinya menghantar wakil Singapura ke Persidangan Kanak-Kanak Asia Pasifik (APCC) di Fukuoka, Jepun.



Di bawah program itu, Persatuan Kebudayaan Jepun (JCS) menanggung kos $4,000 setiap peserta.



Perserta berpeluang mengikuti kelas pertuturan Bahasa Jepun Asas, mempelajari budaya dan etika Jepun, menetap bersama keluarga Jepun untuk menikmati sendiri kehidupan masyarakat di sana selain mengikuti kelas di sekolah Jepun.



Ketika ditemui di Ibu Pejabat PA di King George's Avenue, semalam, Aaryan yang disifatkan sebagai murid berpotensi oleh PA dan telah pulang daripada mengikuti program 12 hari dari 14 hingga 25 Julai lalu itu, menyingkap pengalaman pertamanya menaiki pesawat.



"Saya takut dan ghairah sebab tak pernah naik pesawat. Orang lain dah tidur tapi saya asyik muntah. Tiga kali saya muntah. Makan pun tak habis. Saya kena makan pelan-pelan. Tapi rasa seronok. Dapat duduk tepi tingkap. Saya tengok kapal terbang belah awan," imbas anak sulung tiga beradik itu.



Pelajar Sekolah Rendah Northland itu merupakan antara lebih 300 kanak-kanak daripada 40 negara yang menyertai APCC bagi menggalakkan pemahaman silang budaya selain memupuk perspektif antarabangsa di kalangan belia seluruh dunia.



Peserta dari Singapura perlu menjalani beberapa sesi temu duga sebelum akhirnya dipilih.



Menurut pengerusi Jawatankuasa Penduduk (RC) Jalan Kukoh, Encik Kang Han Poh, 33 tahun, pemilihan seorang lagi peserta Nur Elliana Elmie, 11 tahun, yang mengikuti kelas tuisyen di kejiranannya itu ialah kerana keupayaan murid itu berinteraksi dengan selesa selain pandai menari K-Pop.



"Memang ramai kanak-kanak di tempat saya itu. Bilangannya ada dalam 60 orang. Tetapi dia menjadi pilihan kerana keupayaannya untuk bersuara dan menari dengan baik. Maka kami rasa ada baiknya menghantarnya mendapatkan pendedahan," jelas Encik Kang.



Ternyata ia pengalaman amat bermakna buat Nur Elliana, seorang anak tunggal.



"Saya belajar bahasa Jepun (sebelum berangkat), saya belajar adab semasa makan di meja, misalnya tidak boleh ketuk meja dengan penyepit atau cucuk makanan dengannya. Saya juga belajar tarian dan muzik," kata murid Sekolah Rendah Blangah Rise yang turut membawa batu serembat untuk diperkenal di sana.



Menyentuh inisiatif yang baru itu, jurucakap PA berkata: "Kumpulan berpendapatan rendah itu mungkin tidak mempunyai peluang sebegini. Maka itu, apabila kami berbincang, kami sependapat bahawa kami harus memberi peluang kepada kanak-kanak daripada golongan ini bagi mendapat pendedahan.



"Ia sesuatu yang mereka mungkin tidak akan dapat lakukan sendiri disebabkan keadaan keluarga mereka."



Itulah juga yang diakui ibu Nur Elliana, Cik Ariyana Samuji, 36 tahun, seorang suri rumah.



"Macam saya yang tanpa suami, kalau pun nak bawa anak ke luar negara itu memang jauhlah sangat. Tetapi memandangkan ini untuk belajar dan dia pun tidak pernah ke Jepun, jadi saya galakkannya," kata Cik Ariyana.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >