Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pertandingan pantun untuk tingkat kesedaran mengenai diabetes

Mar 17, 2021 | 05:30 AM



SATU pertandingan pantun sedang diadakan untuk memupuk kesedaran dalam masyarakat Melayu tentang penyakit kencing manis.



Pertandingan anjuran Diabetes Singapore itu berlangsung hingga 15 April ini, dan merupakan antara pelbagai acara bagi memperingati ulang tahun badan itu yang ke-50 tahun ini.



Dalam kenyataannya, badan itu berkata pertandingan pantun itu merupakan sebahagian usaha untuk memerangi penyakit kencing manis menerusi mesej yang disasarkan khas kepada masyarakat Melayu.



Pengarah eksekutif Diabetes Singapore, Encik Satyaprakash Tiwari, berkata penyakit diabetes ini bukan satu 'masalah Melayu', tetapi sebenarnya ada jurang dalam usaha untuk memperkasa individu bagi menangani diabetes.



"Pertandingan pantun merupakan peluang baik bagi menggunakan pendekatan yang disasarkan kepada kaum untuk meningkatkan kesedaran dan pemahaman akan diabetes," kata Encik Tiwari.



Pertandingan ini bakal menggunakan pantun Melayu, di mana ritma dan irama boleh digabungkan dalam dua hingga empat rangkap pantun bagi menyampaikan mesej diabetes.



Pertandingan ini disokong oleh pelbagai organisasi dan pemenang bagi penyertaan pantun akan dipilih (dua atau maksimum empat rangkap) dan diadili oleh sukarelawan dari Angkatan Sasterawan 50, AMP Singapura dan M3 yang terdiri daripada Majlis Ugama Islam Singapura, Yayasan Mendaki dan Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra).



Pertandingan akan berakhir pada 15 April.



Ianya juga dipecahkan kepada tiga kategori, remaja (berusia 15 hingga 35 tahun), dewasa (berusia 36 hingga 59 tahun) dan warga emas (60 tahun dan ke atas).



Pemenang akan memenangi hadiah wang tunai berharga $1,000. Pemenang pertama dan kedua dari setiap kategori akan menerima The Activator dan barangan The Accelerator Neuro Soundwave.



Maklumat lanjut boleh didapatkan dengan menghantar e-mel ke MalayPoetry@gmail.com.



Di Parlimen awal bulan ini, Setiausaha Parlimen (Kesihatan) Rahayu Mahzam berkata masih ada perbezaan dari segi kadar penyakit dalam pelbagai masyarakat.



Seramai 14.4 peratus orang Melayu dan 14.2 peratus orang India di sini mempunyai kencing manis, berbanding 8.2 peratus bagi orang Cina.



Beliau juga akan menerajui sebuah kumpulan kerja baru yang akan dibentuk bagi mengukuhkan usaha kesihatan bagi masyarakat Melayu.



Cik Rahayu berkata beliau akan bekerjasama dengan Dr Wan Rizal Wan Zakariah (GRC Jalan Besar) dan Cik Mariam Jaafar (GRC Sembawang) serta badan masyarakat seperti M3 dan Persatuan Karyawan Penjagaan Kesihatan Islam (MHPA) dalam kumpulan kerja itu.




PERTANDINGAN PANTUN MENGENAI KENCING MANIS



- Peserta perlu menghantar minimum 2 rangkap, tidak melebihi 4 rangkap (tajuk dikecualikan)



- Tiga kategori:



Remaja - 15 hingga 35 tahun



Dewasa - 36 hingga 59 tahun



Warga Tua - 60 tahun keatas



- Tarikh tutup:



Khamis, 15 April 2021



12 tengah malam



- Bahasa Melayu, dihantar kepada: MalayPoetry@gmail.com



- Penyertaan akan dibalas melalui e-mel




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >