Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pertapis agih lebih banyak daging korban tahun ini, hargai semangat dermawan jemaah

Jul 17, 2022 | 12:49 PM



Pertapis mengagihkan 2,000 kilogram daging korban kepada penerima bantuannya hari ini - jumlah yang naik seganda berbanding tahun lalu ekoran lebih ramai jemaah yang menderma keseluruhan daging korban mereka.



Ini bermakna setiap daripada 500 penerima bantuan di bawah program Tabung Amal Jariah (TAJ) Pertapis membawa pulang empat kilogram daging, berbanding dua kilogram semasa musim korban tahun lalu.



Pertapis berkata bilangan jemaah yang melakukan ibadah korban dengan mereka tahun ini adalah sama dengan tahun lalu iaitu seramai 220 individu. Mereka melakukan korban ke atas lapan lembu dan 209 kambing di Australia.



Bagaimanapun bilangan jemaah yang mendermakan keseluruhan daging yang diterima daripada ibadah korban itu telah meningkat berbanding tahun lalu, kata Pertapis. Jemaah boleh memilih untuk menderma sepertiga, dua pertiga atau keseluruhan daging korban mereka.



Tetamu terhormat di acara pengagihan daging korban di Rumah Peralihan Pertapis di Geylang, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, berkata ini menunjukkan bahawa warga Singapura masih memikirkan tentang orang lain yang lebih memerlukan, walau berada dalam keadaan pandemik yang mencabar kini.



Selain menerima daging korban, penerima bantuan TAJ, yang merupakan golongan berpendapatan lebih rendah dari serata Singapura turut diberikan barang keperluan dapur.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >