Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MENJELANG RAYA

Pertapis tubuh khidmat jagaan, bantu benefisiari kembali berdikari

Apr 19, 2023 | 05:30 AM



RUMAH Peralihan Pertapis (PHH) dan Pusat Wanita dan Gadis Remaja Pertapis (PCWG) akan menubuhkan khidmat penjagaan lanjut untuk membantu benefisiari program mereka kembali berdikari dan elak ulangi kesalahan selepas tamat program tersebut.



Menurut pengarah eksekutif Pertapis, Cik Hana Sofiah Ahmat, ini kerana terdapat semakin ramai klien yang alami kesukaran berdikari selepas bebas dari rumah peralihan.



Mereka tidak mempunyai sesiapa untuk memeriksa keadaan mereka dan malangnya tersesat ketika mahu pulang ke pangkal jalan.



"Ia adalah satu pembaziran usaha sekiranya mereka kembali kepada kesalahan lama.



"Oleh itu, saya berasa bangga untuk mengumumkan bahawa PHH dan PCWG akan menubuhkan khidmat jagaan susulan untuk klien kami.



"Ini merupakan pendekatan kolektif untuk menyokong klien kami dan keluarga mereka semasa pemulihan dan membantu mereka daripada melakukan kesalahan berulang semasa jalani kehidupan baru," umum Cik Hana semasa ucapan pembukaan acara buka puasa di PHH Ahad lalu.



Acara itu, Grand Iftar, menerima sekitar 500 tetamu merangkumi benefisiari dan anggota-anggota keluarga yang hadir.



Acara itu disambut dalam skala besar memandangkan sudah tiga tahun ia ditiadakan akibat pandemik.



Turut hadir sebagai tetamu terhormat ialah presiden Pertapis, Encik Hussain Abdullah, yang telah menggantikan Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, yang tidak dapat hadir petang itu.



Encik Sufian Salim, ketua rumah bagi PHH berkata:



"Ia memang menghampakan apabila melihat bekas penghuni terjerumus kembali kepada kesalahan lama mereka. Saya turut gembira mendengar PHH akan menjadi salah sebuah rumah yang merintis khidmat jagaan susulan.



"Saya yakin dengan inisiatif ini, kita mampu membimbing mereka serta keluarga mereka berdiri atas kaki sendiri. Dalam pada itu, kami harap bahawa khidmat jagaan susulan ini juga akan terus menurunkan kadar kebentanan, terutama dalam kalangan pesalah Melayu."



Setiap benefisiari telah menerima wang tunai, baucar beli-belah dan barangan dapur untuk persiapan Syawal.



Salah seorang benefisiari, Cik Nooridah Habshi, 41 tahun, berkata:



"Dana $300, baucar pasar raya $50 dan catuan yang diterima hari ini membuat saya ghairah menyambut Hari Raya tahun ini. Saya berharap untuk membeli beberapa kuih supaya saya boleh meraikan tetamu apabila mereka datang dan melawat saya."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >