Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Pertimbang pampasan bagi pekerja 'gig' cedera semasa kerja

gig
Jul 06, 2022 | 05:30 AM



MAJLIS Keselamatan dan Kesihatan (WSH) di Tempat Kerja sedang bekerjasama dengan syarikat platform dalam talian untuk menyemak proses kerja dalam usaha mempertingkat keselamatan pekerja platform di jalan raya demi mengelak kemalangan.



Berkata demikian di Parlimen semalam, Menteri Negara Kanan (Kemampanan dan Sekitaran merangkap Tenaga Manusia), Dr Koh Poh Koon, menambah bahawa sejak Januari tahun lalu, terdapat lima kemalangan jalan raya berkaitan kerja melibatkan pekerja platform penghantaran makanan dan barangan yang membawa maut.



Sejajar dengan itu, Jawatankuasa Penasihat mengenai Pekerja Platform sedang meneliti usaha memperkukuh perlindungan kewangan apabila berlaku kecederaan semasa kerja melibatkan pekerja penghantaran, pemandu kereta sewa privet dan pemandu teksi.



"Jawatankuasa Penasihat telah mendekati syarikat platform dan pekerja platform bagi memperuntukkan perlindungan kewangan bagi pekerja platform yang cedera di tempat kerja.



"Perlindungan sedemikian disediakan bagi pekerja di bawah Akta Pampasan Kecederaan Kerja (Wica).



"Pelaksanaan rangka kerja perlindungan kewangan kecederaan di tempat kerja sedemikian akan memerlukan laporan mandatori kecederaan di tempat kerja demi memastikan pekerja platform menerima pampasan yang diperlukan," kata beliau.



Dr Koh berkata demikian semasa menjawab soalan Dr Tan Wu Meng (GRC Jurong) berhubung kemalangan melibatkan pekerja platform penghantaran makanan dan barangan, dan pampasan serta sokongan yang disediakan bagi pekerja yang mengalami kecederaan atau meninggal dunia semasa bekerja.



Menjawab soalan susulan Dr Tan tentang mengapa Wica meliputi aturan kerja fleksibel tetapi tidak bagi pekerja yang bertugas secara fleksibel sebagai pekerja gig, Dr Koh berkata sebab asasnya ialah pekerja gig, mengikut definisi, adalah individu yang bekerja sendiri dan golongan ini tidak diliputi di bawah Akta Pekerjaan.



Namun, Dr Koh berkata Jawatankuasa Penasihat sedang meneliti isu itu daripada perspektif bahawa individu bekerja sendiri dalam ekonomi gig mungkin tertakluk pada kawalan pengurusan oleh algoritma dan syarikat platform.



Dalam hal ini, mereka adalah seperti pekerja biasa dan oleh itu jawatankuasa tersebut sedang meneliti secara dekat apakah Wica boleh meliputi individu bekerja sendiri dalam ekonomi gig, agar mereka dapat disediakan perlindungan kewangan apabila mengalami kecederaan semasa bekerja.



Dr Koh menambah bahawa jawatankuasa itu juga sedang meneliti isu apakah pekerja gig, apabila mengalami kecederaan semasa bekerja menyediakan perkhidmatan kepada orang awam, serupa dengan individu lain yang melakukan kerja penghantaran sebagai pekerja biasa.



"Dalam pengertian itu, pada dasarnya tidak sepatutnya ada perbezaan, sama ada nyawa seseorang itu bernilai lebih atau kurang, hanya kerana dia terlibat dalam bentuk pekerjaan yang berbeza.



"Oleh itu, dengan menyediakan beberapa bentuk prinsip yang sama dari segi perlindu-ngan menggunakan Akta Pampasan Kecederaan Kerja, kami berharap dapat meliputi beberapa kelemahan segmen pekerja ini bagi memastikan apabila mereka cedera atau meninggal dunia semasa bekerja, pampasan kewangan setimpal dengan jenis kerja yang mereka lakukan akan disediakan untuk mereka juga," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >