Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: TEROKA

Pertimbangan yang perlu diteliti jika Padang dipilih Tapak Warisan Dunia

Baru-baru ini, Lembaga Warisan Negara (NHB) mengumumkan hasratnya menjadikan Padang dan beberapa bangunan di sekitarnya - yang dipanggil Padang Civic Ensemble - sebagai Tapak Warisan Dunia. BERITA HARIAN merumuskan implikasi berhubung perkembangan ini.
Mar 28, 2023 | 05:30 AM



SINGAPURA telah menyenaraikan Padang dan bangunan sivik di sekitarnya dalam senarai sementara untuk dikemukakan kepada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) sebagai status Tapak Warisan Dunia.



Semasa mengumumkan penyertaan tapak tersebut yang dipanggil Padang Civic Ensemble pada 9 Mac, Lembaga Warisan Negara (NHB) berkata Singapura akan mendapat manfaat dalam bidang seperti identiti nasional yang lebih kukuh.



Namun, lembaga itu juga menyatakan potensi pembangunan semula tapak dan kawasan sekitarnya mungkin terjejas. Berikut beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan dalam mencalonkan Padang sebagai Tapak Warisan Duia yang dilaporkan akhbar The Straits Times.



BAGAIMANAKAH INSKRIPSI TAPAK WARISAN DUNIA UNESCO BOLEH BERI KESAN KEPADA PEMBANGUNAN SEMULA DI DAERAH SIVIK?



Sekiranya inskripsi diteruskan, sempadan tapak yang tepat perlu ditentukan.



Di samping itu, Unesco menghendaki Tapak Warisan Dunia dilindungi oleh zon penampan untuk "perlindungan sewajarnya" tapak tersebut.



Unesco menyatakan bahawa zon penampan harus mempunyai sekatan undang-undang yang diletakkan pada penggunaan dan pembangunannya, supaya pemandangan penting kekal jelas daripada halangan.



Kebun Bunga Singapura (SBG) - Tapak Warisan Dunia pertama Singapura - mempunyai zon penampan di sekelilingnya sepanjang sekitar 800 meter.



Ketinggian dan bentuk bangunan, termasuk yang berada dalam zon penampan, dikawal menggunakan pelan induk Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA), yang memastikan pemandangan penting dari kebun bunga itu kekal tidak terhalang.



Begitu juga, zon penampan mungkin perlu diwujudkan di sekitar Padang dan persekitarannya jika kawasan itu menjadi Tapak Warisan Dunia.



Jika kawalan ketinggian dilaksanakan, potensi pembangunan semula hartanah dalam zon itu akan terjejas, kerana pemaju tidak mungkin dibenarkan untuk membangunkan semula bangunan untuk menjadi lebih tinggi.



PADANG DAN BANGUNAN DI SEKITARNYA MONUMEN NEGARA. ADAKAH MEWARTAKAN MEREKA SEBAGAI TAPAK WARISAN DUNIA MEMBERIKAN PERLINDUNGAN TAMBAHAN?



Unesco bergantung pada undang-undang tempatan setiap negara untuk melindungi Tapak Warisan Dunia.



Di Singapura, mewartakan bangunan atau tapak monumen negara memberikannya tahap perlindungan tertinggi di bawah undang-undang tempatan.



Selain 75 monumen negara, Singapura juga mempunyai lebih 7,200 bangunan yang dipelihara.



Sekiranya Padang dan persekitarannya ditetapkan sebagai Tapak Warisan Dunia, perundangan tempatan semasa tidak mungkin memberikan perlindungan tambahan atau berbeza kerana banyak tapak dan hartanah di kawasan itu sudah pun menjadi monumen negara.



Ini termasuk Padang, Katedral St Andrew's, Teater dan Dewan Konsert Victoria, Bangunan Parlimen Lama, dan Mahkamah Agung. Kelab Kriket Singapura adalah sebuah bangunan yang dipelihara.



Seorang ahli geografi budaya di Jabatan Pengajian Asia Tenggara Universiti Nasional Singapura (NUS), Penolong Profesor Hamzah Muzaini, menekankan bahawa sekiranya kawasan Padang diinskripsi, potensi ancaman terhadap tapak tersebut, seperti projek pembangunan, "akan dipertanggungjawab kepada pihak berkepentingan di seluruh dunia dan bukannya secara tempatan".



ADAKAH PADANG DAN SEKITARNYA UNIK?



Dalam penyerahannya kepada Unesco, NHB berkata terdapat tapak lain yang berkongsi persamaan dengan Padang - dari segi seni bina kolonial dan ciri bandar - yang kini berada dalam Senarai Warisan Dunia.



Ia menyatakan bahawa dataran sivik, taman bandar, padang terbuka, dan perbarisan boleh ditemui di pusat-pusat bersejarah di seluruh bekas bandar empayar Britain tetapi Padang adalah "unik dalam cara ia menonjolkan kawasan lapang, satu kategori pencalonan yang tidak cukup diwakili dalam Senarai Warisan Dunia".



Satu lagi kawasan lapang yang kini berada dalam Tapak Warisan Dunia adalah Esplanade Pulau Pinang - sebuah padang di sebelah laut terletak di sebelah dewan bandaran - yang merupakan sebahagian daripada bandar raya Melaka dan George Town yang diinskripsi bersama.



NHB berkata Esplanade Pulau Pinang dan Padang mempunyai fungsi yang sama sebagai esplanade pertahanan, padang perbarisan dan rekreasi, dan ruang kebudayaan.



Lembaga itu menyatakan bahawa Esplanade Pulau Pinang disifatkan dalam dokumen pencalonan sebagai kurang digunakan pada masa pencalonan pada tahun 2008, tetapi sejak itu telah memperoleh fungsi sivik tambahan dengan penambahan Dataran Speaker pada tahun 2010.



NHB akan menjalankan kajian lanjut supaya ia dapat menggambarkan sepenuhnya dan mewajarkan nilai-nilai sejagat luar biasa Padang dan persekitarannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >