Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
3

Lidah Pengarang

Pertingkat keselamatan makanan, kurangi pembaziran

May 17, 2020 | 05:30 AM

SEDANG terdapat negara yang tidak cukup makanan dengan ada anggota masyarakatnya yang menjadikan sisa makan sebagai sumber rezeki, Singapura menghadapi masalah sisa makanan yang terbazir. Di satu segi, sisa makanan yang berlebihan menggambarkan kemakmuran hidup di negara ini, lebih-lebih lagi memandangkan negara ini tidak mempunyai sumber makanan sendiri kecuali sedikit. Penduduk Singapura diketahui memang suka makan, apatah lagi dengan pilihan makanan yang meluas, dan tersedia di banyak tempat.

Pandemik Covid-19 harus membuka mata bahawa Singapura terdedah kepada bekalan makanan dari luar yang boleh terputus apabila langkah sekatan melibatkan sempadan negara diambil. Lantaran itu, selain mengambil langkah memastikan aspek keselamatan makanan dan mengusahakan makanan sendiri, termasuk langkah menjadikan bumbung beberapa tempat meletak kenderaan bertingkat di Singapura sebagai tempat bercucuk tanam sayur-sayuran, Singapura harus membina sikap mengurangkan pembaziran yang menjana sisa makanan berlebihan.

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >