MEMPERTINGKAT sistem pentadbirannya dan menyemarak semangat kerabat bola sepak setempat antara isu genting yang dijangka menjadi inti perbincangan di mesyuarat pertama Majlis Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) esok.
Perkara ini antara keprihatinan yang ditimbulkan oleh pihak berkepentingan dalam bola sepak setempat yang dihubungi Berita Minggu menyusuli pemilihan pucuk pimpinan FAS yang bersejarah kelmarin.