BANTUAN tambahan $33 bilion yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat kelmarin untuk menyelamatkan pekerjaan dan membangkitkan semula ekonomi dalam pandemik Covid-19 amat dialu-alukan pertubuhan dan syarikat setempat.
Belanjawan Kecekalan, yang juga merupakan pakej sokongan keempat Singapura, dalam masa kurang empat bulan, telah memperuntukkan $2.9 bilion bagi melindungi pekerjaan dan membayar bersama gaji pekerja demi membantu firma mengekalkan pekerjaan.