Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pertubuhan seni dilancar semula bagi perkasa golongan kurang upaya

Dec 14, 2021 | 05:30 AM



PERTUBUHAN tidak mengaup untung, Very Special Arts Singapore (VSA), telah dilancarkan semula sebagai ART:DIS Singapore (gambar).



Dinamakan ART:DIS, ia mencerminkan komitmen mereka untuk mengambil kepimpinan dalam sektor kurang upaya dan seni.



ART:DIS ingin terus membina daripada tradisi 28 tahun mereka untuk memperkasa golongan kurang upaya melalui seni.



Ditubuhkan pada 1993 oleh Profesor Tommy Koh, yang kini berkhidmat sebagai penaung, ART:DIS mempunyai misi untuk mengembangkan aktiviti dan jangkauan bagi memberi peluang kepada golongan kurang upaya untuk belajar melalui penyertaan dalam bidang seni.



Dalam ucapannya semasa acara merasmikan pelancaran ART:DIS semalam, Menteri Pembangunan Negara merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Integrasi Khidmat Sosial, Encik Desmond Lee, berkata usaha oleh ART:DIS dan rakan kongsi lain dalam masyarakat adalah penting untuk memupuk dan membina Singapura yang lebih prihatin dan inklusif, seperti yang dibayangkan dalam Pelan Induk Pemerkasaan.



"Masih ada banyak lagi yang perlu dilakukan. Pelan Induk Pemerkasaan 2030 akan tetapkan matlamat jangka panjang yang bermakna supaya Singapura akan lebih prihatin dan inklusif pada tahun 2030," tambah Encik Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >