Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pertumbuhan ekonomi S'pura tahun ini dikekal antara 4 dengan 6 peratus

May 26, 2021 | 05:30 AM



SINGAPURA telah mengekalkan pertumbuhan ekonomi di antara 4 peratus dengan 6 peratus bagi 2021, disebabkan ketidaktentuan Covid-19 yang meningkat di peringkat sejagat.



Ramalan itu akan disemak lagi pada suku seterusnya apabila terdapat lebih banyak maklumat dan gambaran lebih jelas mengenai keadaan ekonomi domestik dan global, kata Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI).



Awal dari ini, ada pengamat menjangkakan ramalan pertumbuhan bagi 2021 akan dinaikkan.



Ramalan pertumbuhan itu dikekalkan meskipun ekonomi tumbuh lebih kukuh daripada jangkaan pada suku pertama tahun ini, dengan pertumbuhan 1.3 peratus, berbanding tempoh sama tahun lalu.



Ini setelah ekonomi merosot 2.4 peratus pada suku sebelumnya.



MTI berkata pertumbuhan ini didorong sektor perkilangan, kewangan dan insurans serta dagangan borong.



Sektor perkilangan tumbuh 10.7 peratus pada suku pertama berbanding 10.3 peratus pada suku sebelumnya, didorong keluaran cergas dalam kelompok elektronik, kejuruteraan jitu dan kimia.



Sektor kewangan dan insurans pula berkembang 4.7 peratus, berbanding 4.9 peratus pada suku sebelumnya, manakala sektor dagangan borong tumbuh 3.5 peratus - lebih cepat daripada 1.8 peratus pada suku sebelumnya.



Semasa membentangkan laporan Tinjauan Ekonomi suku pertama, dalam satu sidang media maya semalam, Setiausaha Tetap MTI, Encik Gabriel Lim berkata:



"Meskipun sekatan domestik diperketatkan akan memberi kesan kepada beberapa segmen ekonomi, namun ekonomi secara menyeluruh akan tetap menyaksikan pemulihan tahun ini, sejajar dengan pemulihan ekonomi sejagat serta kemajuan lebih lanjut dalam program vaksinasi Singapura."



Justeru, keputusan mengekalkan lingkungan ramalan sekarang adalah memadai dan bukan mencerminkan ramalan yang terlalu positif.



"Kami percaya mengekalkan ramalan di antara 4 peratus dengan 6 peratus adalah memadai pada masa ini berdasarkan apa yang kami tahu dan kami fikir ia juga mencukupi untuk menyesuaikan keadaan dengan beberapa risiko yang disebutkan," jelas Encik Lim, sambil menambah masih terdapat kemungkinan yang ekonomi negara boleh tumbuh menjangkaui lingkungan itu.



Beliau menarik perhatian ketidaktentuan di peringkat sejagat telah meningkat dengan negara-negara mengalami gelombang jangkitan berulang, kemunculan varian virus yang mudah merebak, pelonggaran sekatan pengurusan selamat dan penangguhan vaksinasi penduduk.



"Berikutan pengalaman sejak 15 bulan lalu, terdapat harapan jika penularan berlaku lagi, negara-negara boleh mengelak berulangnya sekatan menyeluruh dan kos ekonomi tinggi, tetapi ini belum lagi tentu.



"Memandangkan negara-negara ini termasuk rakan ekonomi utama kita di rantau ini, ketidaktentuan itu juga menjejas Singapura," ujar Encik Lim.



Mengulas, ketua pakar ekonomi OCBC, Cik Selena Ling berkata apa yang signifikan ialah kenyataan MTI bahawa walaupun sekatan lebih ketat akan memberi kesan, tetapi ekonomi masih mampu mencapai pertumbuhan di luar ramalannya.



"Namun ramalan pertumbuhan dikekalkan itu mungkin tidak melegakan spekulasi pasaran sebelum ini bahawa ramalan pertumbuhan rasmi 2021 akan dinaikkan, sebagaimana yang dibayangkan dalam kenyataan dasar kewangan oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS) pada April lalu," ujar Cik Ling.



"Paling penting sekarang, pihak berkuasa mampu tunggu dan lihat serta menilai semula Covid-19 dan ekonomi bagi satu hingga tiga bulan mendatang... tetapi akan terdapat gesaan meningkat agar lebih banyak sokongan diberikan kepada industri terjejas teruk jika keadaan tidak pulih secepat mungkin dan masih ada ruang dalam dasar fiskal untuk berbuat demikian."



Sementara itu, keluaran perkilangan Singapura meningkat 2.1 peratus pada bulan lalu, berbanding tempoh sama tahun lalu, menurut perangkaan terkini Lembaga Kemajuan Singapura (EDB).



Tidak termasuk perkilangan bioperubatan, pengeluaran berkembang 11.1 peratus disebabkan langkah pemutus litar pada April tahun lalu.




"... ramalan pertumbuhan dikekalkan itu mungkin tidak melegakan spekulasi pasaran sebelum ini bahawa ramalan pertumbuhan rasmi 2021 akan dinaikkan, sebagaimana yang dibayangkan dalam kenyataan dasar kewangan oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS) pada April lalu.

Paling penting sekarang, pihak berkuasa mampu tunggu dan lihat serta menilai semula Covid-19 dan ekonomi bagi satu hingga tiga bulan mendatang... tetapi akan terdapat gesaan meningkat agar lebih banyak sokongan diberikan kepada industri terjejas teruk jika keadaan tidak pulih secepat mungkin dan masih ada ruang dalam dasar fiskal untuk berbuat demikian."

- Ketua pakar ekonomi OCBC, Cik Selena Ling.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >