Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pertunjukan udara terbesar Asia yang lebih gah

Feb 05, 2018 | 06:07 PM



PERTUNJUKAN udara terbesar Asia bermula esok dengan menawarkan platform bagi memaparkan teknologi dan membincangkan isu dalam dunia penerbangan seperti peraturan ke atas kenderaan autonomi dan keselamatan siber penerbangan.



Akhbar The Straits Times melaporkan bahawa Pertunjukan Udara Singapura 2018 akan menjadi hos kepada 65 daripada 100 syarikat aeroangkasa seperti Airbus, Boeing dan Rolls-Royce.



Lebih daripada 1,000 syarikat daripada 50 negara dan rantau akan terlibat dalam pameran dagangan pertahanan dan aeroangkasa selama empat hari itu.



Lebih daripada 130,000 pelawat dijangkakan, dengan kebanyakan mereka datang semasa dua hari ia dibuka kepada orang ramai pada 10 dan 11 Februari.



Seperti biasa, salah satu ciri utama adalah pertunjukan aerobatik dengan juruterbang dari enam negara, termasuk Singapura, Korea Selatan, Indonesia, Thailand, Malaysia dan Amerika Syarikat, mengambil bahagian tahun ini.



Sejumlah pesawat akan membuat penampilan mereka sebagai pameran statik.



Akan terdapat pameran dalam ruang tertutup seluas 3,000 meter persegi, yang menceritakan sejarah Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) dan memaparkan kemampuannya pada masa ini.



Pertunjukan udara selama 15 minit oleh RSAF, yang akan menyambut ulang tahunnya yang ke-50 tahun ini, akan memaparkan 15 aksi dengan enam daripadanya aksi baru.



Senarai kegiatan itu diumumkan pihak penganjur Experia Events semasa satu taklimat media di Pusat Pameran Changi, di mana pertunjukan dwitahunan itu berlangsung, semalam.



Keselamatan siber penerbangan dan teknologi kenderaan autonomi seperti kenderaan udara tanpa pemandu, adalah dua isu utama yang telah muncul sepanjang dua tahun lalu sejak pertunjukan udara yang lalu, kata pengarah urusan Experia Events, Encik Leck Chet Lam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >