Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perubahan kepimpinan di Divisyen Polis Jurong

Aug 27, 2022 | 05:30 AM



PASUKAN Polis Singapura (SPF) semalam mengumumkan Penolong Pesuruhjaya Polis (AC) Tan Jin Rui Jerald akan mengambil alih teraju kepimpinan Divisyen Polis Jurong bermula 29 Ogos ini.



AC Tan mengambil alih tugas sebagai Pegawai Pemerintah daripada AC Shee Tek Tze, yang akan dilantik sebagai Timbalan Pengarah (Kumpulan Siasatan Kewangan) di Jabatan Ehwal Komersial (CAD) pada hari yang sama.



Menurut SPF, AC Tan, 36 tahun, menyertai pasukan itu pada 2005.



Beliau telah berkhidmat selama 17 tahun dengan SPF dan menyandang beberapa jawatan penting termasuk sebagai Timbalan Komander Divisyen Polis Bedok; Penolong Kanan Pengarah (Dasar) Pejabat Program SG Secure di Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA); Ketua Operasi dan Latihan di Divisyen Polis Tanglin; dan Pegawai Pemerintah Pusat Kejiranan Polis Hougang.



AC Shee, 47 tahun, dilantik sebagai Komander Divisyen Polis Jurong pada 15 Oktober lalu, menyertai SPF pada 2001.



Sepanjang 21 tahun bersama SPF, beliau menyandang beberapa jawatan penting termasuk Penolong Pengarah Divisyen Jenayah Utama di Jabatan Siasatan Jenayah (CID); Timbalan Pengarah (Operasi Utama) di Direktorat Pengurusan Operasi Bersama, Kumpulan Operasi Bersama di MHA; dan Ketua Seksyen Siasatan Khas, Divisyen Jenayah Utama di CID.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >