Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perubahan pada Fasa 2C pastikan kepelbagaian latar belakang pelajar

Sep 11, 2021 | 05:30 AM



PERUBAHAN pada rangka kerja pendaftaran darjah satu boleh memanfaatkan kanak-kanak termasuk murid-murid Melayu menyertai sekolah pilihan yang mungkin sebelum ini terdapat peluang tipis mendapat tempat di dalamnya.



Dalam temu ramah dengan media semalam, Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman berkata, perubahan itu "dapat memberi peluang yang lebih sedikit kepada mereka yang sebelum ini tidak mempunyai peluang tersebut".



Kelmarin, Kementerian Pendidikan (MOE) mengumumkan bilangan tempat yang diketepikan bagi Fasa 2C dalam pendaftaran darjah satu akan digandakan kepada 40 tempat, dari 20, bermula tahun depan.



"Ini bererti ibu bapa yang tidak mempunyai hubungan dengan sekolah itu mempunyai peluang yang lebih baik mendaftarkan anak-anak mereka dalam sekolah tersebut," kata Dr Maliki.



Fasa 2C adalah bagi kanak-kanak yang tidak mempunyai hubung kait dengan sekolah dan dianggap sebagai fasa paling banyak saingan.



Fasa itu menyusuli Fasa 2A - bagi kanak-kanak yang ibu bapa mereka merupakan bekas pelajar sekolah itu atau merupakan anggota persatuan alumni sekolah tersebut; dan Fasa 2B - bagi kanak-kanak yang ibu bapa mereka menjadi sukarelawan sekolah, pemimpin masyarakat yang aktif atau mempunyai kaitan gereja atau puak dengan sekolah.



Menurut Dr Maliki, maklum balas baik diterima daripada ibu bapa berikutan perubahan pada rangka kerja pendaftaran darjah satu 2014, di mana 20 tempat diperuntukkan bagi Fasa 2C seperti yang diumukan Perdana Menteri Lee Hsien Loong semasa Rapat Umum Hari Kebangsaan 2013.



"Kami rasa masa sudah tiba bagi kami meningkatkan lagi tempat yang diperuntukkan bagi kanak-kanak yang tidak mempunyai hubungan dengan sekolah untuk mendapat peluang memasuki sekolah tersebut supaya kita dapat melihat profil sekolah menunjukkan kepelbagaian yang sama dengan profil masyarakat Singapura," ujar Dr Maliki.



Namun, beliau menekankan keseimbangan adalah penting dalam hal ini kerana "kita ingin memastikan bahawa ibu bapa yang mempunyai hubungan dengan sekolah-sekolah terus dapat memperkuatkan hubungan itu, kerana ini memberi peluang kepada sekolah-sekolah kita menyemarakkan budaya sekolah", jelasnya.



Dalam pada itu, Dr Maliki berkata, perubahan yang diumumkan dapat membantu memastikan kepelbagaian terutama di sekolah-sekolah yang mempunyai ramai kanak-kanak daripada latar belakang keluarga yang serupa.



Kata beliau:



"Saya rasa dengan perubahan yang diumumkan di mana kita memperuntukkan lebih banyak tempat di Fasa 2C yang tidak mengira latar belakang ibu bapa, ia memberi peluang kepada lebih ramai anak-anak yang datang daripada pelbagai latar belakang yang berbeza untuk memasuki sekolah tersebut.



"Kita ingin memberi peluang dan membuka ruang di mana lebih ramai anak-anak yang mungkin datang dari latar belakang kurang berkemampuan untuk memasuki sekolah yang mereka rasa sebelum ini tidak mempunyai ruang bagi mereka."



Pada prinsipnya, perubahan terbaru itu adalah untuk memberi peluang sama rata kepada semua kanak-kanak tidak kira latar belakang mereka, tekannya.



"Kita dapat melihat dalam sekolah-sekolah kita, profilnya berubah sedikit.



"Anak-anak yang datang daripada keluarga yang kurang mewah dapat memasuki sekolah-sekolah dan berkenalan dengan pelajar yang datang daripada latar belakang lebih mewah daripada mereka," tambah Dr Maliki lagi.



Pun begitu, beliau menegaskan bahawa memilih sekolah berdasarkan kekuatan sekolah itu dan anak yang bakal belajar di dalamnya adalah amat penting.



"Yang penting ialah bagaimana ibu bapa dapat merancang masa depan anak-anak mereka menerusi pemahaman tentang sama ada kekuatan sekolah tersebut dapat memenuhi keperluan anak mereka, bagaimana kekuatan anak mereka dapat diasuh oleh sekolah itu... itu yang penting sekali," ujar beliau.




"Saya rasa dengan perubahan yang diumumkan di mana kita memperuntukkan lebih banyak tempat di Fasa 2C yang tidak mengira latar belakang ibu bapa, ia memberi peluang kepada lebih ramai anak-anak yang datang daripada pelbagai latar belakang yang berbeza untuk memasuki sekolah tersebut."
- Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >