Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perubahan perundangan bagi pekerja 'gig' sedang dipertimbang

Sep 16, 2021 | 05:30 AM



SEBUAH jawatankuasa yang diumumkan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) untuk memperkukuh perlindungan bagi individu bekerja sendiri yang bertugas bagi platform dalam talian tidak menolak kemungkinan ada perubahan perundangan untuk memberi sokongan lebih baik kepada pekerja tersebut.



Pekerja itu termasuk pekerja penghantaran, pemandu kereta sewa privet dan pemandu teksi.



Salah satu tujuannya adalah untuk memastikan terdapat hubungan yang lebih adil dan seimbang antara pekerja sedemikian dengan syarikat platform tersebut.



Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Kesihatan), Dr Koh Poh Koon, yang merupakan penasihat kepada Jawatankuasa Penasihat mengenai Pekerja Platform, memberitahu media bahawa jawatankuasa itu akan berunding secara meluas agar ia boleh mengemukakan saranan yang seimbang menjelang separuh kedua tahun depan.



Apabila ditanya apa yang akan dihasilkan daripada tugas jawatankuasa itu, beliau berkata beberapa saranan yang akan dikemukakan itu mungkin melibatkan perubahan perundangan atau garis panduan oleh kesatuan, pekerja dan majikan.



Beliau turut menekankan bahawa tugas jawatankuasa itu, yang bertemu buat kali pertama semalam masih dalam peringkat awal.



Jawatankuasa itu, yang diumumkan Perdana Menteri Lee Hsien Loong semasa Rapat Hari Kebangsaan bulan lalu akan memberi tumpuan pada tiga bidang keutamaan.



Ia mahu mempertingkat kecukupan persaraan dan perumahan untuk pekerja tersebut, memastikan mereka mempunyai perlindungan kewangan mencukupi sekiranya kecederaan kerja berlaku, dan merapatkan jurang dalam kuasa tawar-menawar antara pekerja dengan platform.



Profesor ekonomi Danny Quah, dekan Sekolah Dasar Awam Lee Kuan Yew dan naib pengerusi jawatankuasa itu, berkata:



"Kebanyakan pekerja ini...kurang perlindungan pekerjaan asas dalam cara yang agak berbeza dan tidak sama dengan jenis pekerja lain dalam ekonomi kita.



"Oleh itu, sebahagian (tugas kami) hanyalah soal memastikan setiap orang mempunyai peluang yang adil dan sama untuk berjaya."



Sebagai individu yang bekerja sendiri, pekerja platform menyumbang sekitar 8 peratus hingga 10.5 peratus pendapatan mereka kepada MediSave, namun syarikat yang menggunakan khidmat mereka itu tidak perlu membuat sumbangan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) untuk mereka.



Pekerja sedemikian juga lebih berisiko mengalami kemalangan dan kecederaan kerana sering berada di jalan raya semasa bertugas.



Oleh sebab mereka tidak dianggap sebagai pekerja, mereka juga tidak dilindungi di bawah Akta Pekerjaan dan tidak dapat membentuk kesatuan.



Ini bermakna mereka tidak mempunyai akses kepada rundingan kolektif dan mekanisme penyelesaian pertikaian yang disediakan kesatuan.



Pengerusi Institut Karyawan Sumber Manusia Goh Swee Chen, yang merupakan pengerusi jawatankuasa penasihat itu, berharap syarikat platform akan mengiktiraf peranan penting yang dimainkan pekerja sedemikian dalam perniagaan mereka.



Beliau menambah bahawa pengguna juga semakin arif dan tidak akan melihat hanya pada manfaat yang ditawarkan platform tersebut, namun juga pada cara mereka melayani pekerja mereka.



"Memastikan kesejahteraan mereka bukan hanya satu pendirian yang menyokong pekerja, namun ia juga membantu kemampanan perniagaan sedang mereka terus berkembang dan maju dalam segmen khusus ini," kata beliau.



Jawatankuasa itu akan membentuk sebuah panel sumber supaya syarikat platform, seperti Grab, foodpanda dan Deliveroo, boleh berkongsi pandangan dan maklum balas mereka.



Aturan ini akan membolehkan platform bersaing itu mengambil bahagian secara lebih terbuka dan malah, berkongsi data sensitif dari segi komersial berbanding jika mereka semua dalam jawatankuasa yang sama, kata Dr Koh.



Beliau menambah jawatankuasa itu akan bekerjasama dengan syarikat tersebut untuk lebih memahami pekerja menerusi data prestasi kerja mereka, seperti berapa lama mereka bekerja dan apakah purata pendapatan mereka.



Satu isu utama yang dihadapi banyak negara adalah bagaimana pekerja sedemikian boleh diberikan perlindungan asas sementara terus memberikan mereka fleksibiliti bekerja bagi beberapa syarikat yang berbeza.



Menyedari keprihatinan pekerja dan platform itu tentang bagaimana saranan tersebut boleh menjejas tugas dan pendapatan mereka, Dr Koh berkata:



"Kami mahu memastikan kami tidak akhirnya mengganggu pasaran, dan untuk memelihara beberapa fleksibiliti yang diinginkan kedua-dua pengendali platform dan pekerja."




"Kami mahu memastikan kami tidak akhirnya mengganggu pasaran, dan untuk memelihara beberapa fleksibiliti yang diinginkan kedua-dua pengendali platform dan pekerja."
- Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Kesihatan), Dr Koh Poh Koon




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >