Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bahas Belanjawan

Perumahan, sokongan keluarga muda antara isu utama diketengah

Feb 23, 2023 | 05:30 AM



PERUMAHAN dan sokongan bagi keluarga muda merupakan antara isu utama yang diketengahkan beberapa Anggota Parlimen (AP) Melayu dalam perbahasan Belanjawan 2023.



Encik Zhulkarnain Abdul Rahim (GRC Choa Chu Kang) berkata meskipun beliau menyokong pengumuman berkaitan geran dan peluang mengundi bagi pasangan muda untuk rumah Bina Ikut Tempahan (BTO), terdapat banyak peluang dalam memperhalusi sistem tersebut.



"Definisi pemohon 'kali pertama' bagi BTO kini mungkin luas dan merangkumi bukan sahaja pasangan muda yang baru mahu membeli rumah HDB tetapi ramai golongan lagi.



"Justeru, kita perlu memperhalusi lagi proses permohonan BTO dan flat HDB untuk memberi pasangan muda yang baru mendirikan rumah tangga, peluang terbaik untuk memenuhi keperluan perumahan mereka," katanya.



Beliau berkata dalam perbualannya dengan penduduk, maklum balas yang diterima daripada pasangan muda yang mempunyai anak ialah mereka tetap perlu bersaing dengan ramai lagi pemohon flat yang terdiri daripada golongan masyarakat yang lain.



Encik Zhulkarnain mencadangkan agar memperhalusi lagi sistem undian BTO berdasarkan keperluan dan jenis pemohon.



"Sebagai contoh, mungkin terdapat pendekatan berperingkat atau berfasa yang serupa dengan pendaftaran sekolah rendah Darjah 1.



"Setiap fasa boleh mempunyai kuota tetap untuk kumpulan tertentu, sebagai contoh fasa berlainan bagi pasangan muda, warga emas, dan keluarga yang mempunyai anak.



"Fasa terakhir boleh diperuntuk bagi kategori terbuka. Ini akan memastikan rumusan penduduk yang berpelbagai di sesebuah estet dan memberi peluang yang lebih adil kepada pasangan muda," kata beliau.



Dr Wan Rizal Wan Zakariah (GRC Jalan Besar) pula berkata lebih banyak boleh dilakukan untuk menyokong isi rumah ibu bapa tunggal.



Ini kerana mereka sering berdepan dengan tekanan kewangan yang lebih besar daripada isi rumah yang ada ibu dan bapa.



"Tidak semua keluarga serupa atas sebab-sebab dan keadaan yang berbeza.



"Saya harap pemerintah boleh mempertimbangkan meningkatkan bantuan kewangan dan memberikan lebih banyak sokongan penjagaan anak kepada isi rumah ibu bapa tunggal," ujar Dr Wan Rizal.



Beliau turut menggesa pemerintah meningkatkan sokongan kepada keluarga yang mempunyai anak dengan keperluan khas atau kurang upaya.



Keluarga sedemikian berdepan dengan beban kewangan tambahan disebabkan kos penjagaan dan pendidikan yang lebih tinggi.



Menyediakan bantuan kewangan dan perkhidmatan sokongan tambahan bagi keluarga ini akan membantu meringankan beban kewangan mereka dan meningkatkan kualiti hidup mereka, katanya.



Dr Wan Rizal juga berkata ramai pasangan muda yang sudah berumah tangga menyambut baik pengumuman Belanjawan 2023.



"Lebih daripada sokongan kewangan, sokongan kepada ibu bapa untuk mengimbangi komitmen kerja dan keluarga adalah yang paling memberi kesan," ujar beliau.



Tambahnya: "Saya berbesar hati pemerintah akan memperkenalkan Standard Tiga Pihak mengenai Pengaturan Kerja Fleksi secara sukarela dan membuat pengaturan ini lebih meluas.



"Pada masa yang sama, saya menggesa majikan untuk menyemak semula program kesihatan mental mereka dan mempertimbangkan untuk menyediakan pekerja dengan masa rehat yang membolehkan mereka berehat, mengisi semula tenaga dan bebas daripada e-mel, teks atau panggilan kerja."




"Berapa ramai SEP secara sukarela menokok Akaun Biasa, Khas dan Persaraan mereka? Saya perhatikan bahawa lapan daripada 10 pencarum CPF aktif yang berusia 55 tahun pada 2027 dijangka mempunyai simpanan mencukupi untuk menerima sekurang-kurangnya pembayaran Jumlah Persaraan Asas (BRS) CPF.



Adakah pemerintah telah melakukan sebarang kajian mengenai bilangan SEP yang mampu memenuhi jumlah yang sama, sama ada dalam simpanan CPF secara sukarela atau simpanan peribadi mereka sendiri?



Ini adalah penting kerana ia bermakna Belanjawan pada masa depan mungkin perlu menangani perkara ini."



- AP GRC Bishan-Toa Payoh, Encik Saktiandi Supaat.



"Satu lagi perkara yang diulang secara konsisten - adakah terdapat lebih daripada satu versi impian Singapura? Adakah kita terlalu mendalami budaya hiruk-pikuk, pendaftaran Darjah 1, menjadi yang pertama dalam barisan giliran, semakin bergantung pada insentif untuk melakukan perkara bagi kebaikan yang lebih luas, menyasarkan nombor undian BTO sehingga susah untuk menjalani rentak kehidupan yang lebih perlahan?"



- AP GRC Ang Mo Kio, Cik Nadia Samdin.



"Saya gembira melihat bagaimana skim sokongan disalurkan supaya semua, bukan sahaja yang kurang berkemampuan, tetapi semua keluarga menerima pertolongan tanpa mengira pendapatan, seperti baucar CDC.



Manakala mereka yang tidak berpendapatan dan berpendapatan rendah hingga sederhana menerima lebih banyak, seperti baucar GST, pembayaran tunai, dan rebat S&CC dan U-Save.



Ini selaras dengan nilai kita sebagai sebuah masyarakat dan mengukuhkan nilai masyarakat kita dengan tindakan di mana secara kolektif, kita memberi bantuan antara satu sama lain di mana mereka yang kurang berkemampuan menerima lebih banyak pertolongan."



- AP GRC Pasir Ris-Punggol, Encik Sharael Taha.



"Definisi pemohon 'kali pertama' bagi BTO kini mungkin luas dan merangkumi bukan sahaja pasangan muda yang baru mahu membeli rumah HDB tetapi ramai golongan lagi.



Justeru, kita perlu memperhalusi lagi proses permohonan BTO dan flat HDB untuk memberi pasangan muda yang baru mendirikan rumah tangga, peluang terbaik untuk memenuhi keperluan perumahan mereka,"



- AP GRC Choa Chu Kang, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >