Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MENJELANG TAHUN BARU CINA 2023

Peruntuk masa tambahan jika seberangi Tambak

ICA
Jan 21, 2023 | 05:30 AM



MEREKA yang akan berlepas ke Malaysia melalui pusat pemeriksaan darat diingatkan agar mengambil kira masa tambahan untuk pelepasan imigresen.



Kesesakan dijangka terus berlaku hujung minggu ini memandangkan esok hari pertama Tahun Baru Cina.



Semalam kesesakan dilihat di Pusat Pemeriksaan Woodlands dan Pusat Pemeriksaan Tuas menerusi kamera One Motoring Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) sekitar 3.30 petang.



Isnin lalu Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) mengingatkan mereka yang akan berlepas ke Malaysia melalui pusat pemeriksaan darat dari 16 Januari lalu hingga semalam harus mengambil kira masa tambahan untuk pelepasan imigresen



Ini sedang pihak berkuasa menjangkakan trafik sesak akan berterusan di kedua-dua pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas, dengan kesesakan lalu lintas dijangka dari Malaysia.



Dalam kenyataannya, ICA berkata aliran trafik melalui pusat pemeriksaan darat telah kembali ke paras prapandemik semasa waktu sibuk, dan semasa kemuncak tempoh Tahun Baru Cina pada 2019 - sebelum penutupan sempadan akibat pandemik Covid-19 - purata masa menunggu bagi pelawat yang berlepas atau tiba dengan kereta melalui pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas adalah sekitar tiga jam.



Lebih sejuta pelawat melalui pusat pemeriksaan tersebut semasa musim cuti akhir tahun pada 2022, dengan sekitar 361,000 orang menyeberang setiap hari.



"Pemandu juga diingatkan untuk mengelak daripada memotong jalan kerana ia boleh menyebabkan kesesakan teruk dan menjejas keselamatan pemandu lain," kata ICA, yang turut menggesa pemandu supaya mematuhi peraturan jalan raya, menjaga disiplin lorong dan bekerjasama dengan pegawai di lokasi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >