Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perusahaan sosial beri peluang keluarga susah, golongan kurang upaya dakap pendigitalan

May 30, 2022 | 05:30 AM



BERNIAT mahu menyumbang semula kepada masyarakat, Encik Aminur Rasyid Mohammad Anwar memulakan Artably, sebuah perusahaan sosial yang melatih anak muda daripada latar belakang kurang bernasib baik serta golongan kurang upaya (PWD) melakukan lukisan digital.



Menggunakan Microsoft PowerPoint untuk melukis, Encik Aminur Rasyid, 33 tahun, mahu menyediakan peluang kepada golongan ini untuk menyokong diri mereka sendiri secara kewangan serta membangunkan keyakinan kreatif mereka.



Lukisan-lukisan digital ini kemudian akan dijadikan produk seperti kad, pelekat dan pin dan dijual kepada orang ramai secara dalam talian di laman web Artably.



Artably merupakan antara rakan kongsi gerakan Digital for Life (DfL) yang telah mengambil bahagian dalam Festival DfL anjuran Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) di Enabling Village di Lengkok Bahru semalam.



Ditemui di sana, Encik Aminur Rasyid berkata, beliau menggunakan PowerPoint kerana ia mudah diakses dan antara yang paling murah bagi semua orang.



"Idea menggunakan bentuk berbeza dan menggabungkannya untuk dijadikan lukisan juga bagus kerana terdapat sebahagian daripada mereka yang tidak dapat melukis.



"Lagipun, sesiapa sahaja boleh mencubanya tanpa perlu membeli sofwe atau alat yang canggih," kata beliau, yang pernah melatih dan bekerjasama dengan individu yang menghidap autisme dan palsi serebrum antara lain.



Semalam, seramai sekitar 1,600 orang telah mengunjungi Festival DfL di Enabling Village.



Turut menyertai mereka ialah Setiausaha Parlimen (Perhubungan dan Penerangan merangkap Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam, yang telah dibawa mengelilingi festival tersebut untuk mengetahui lebih lanjut tentang usaha 3P, atau private, public, people, membantu golongan PWD mendakap pendigitalan.



Semasa lawatan itu, Cik Rahayu berinteraksi dengan sukarelawan dan penerima bantuan DfL, serta melawat rakan kongsi DfL untuk mengetahui bagaimana teknologi bantuan boleh membolehkan PWD menjadi lebih bersedia secara digital dan berdikari.



Beliau turut menyertai bengkel e-kebolehcapaian, sebahagian projek 'Membina Ekosistem untuk Penggunaan E-kebolehcapaian' anjuran SG Enable.



Dibiayai Dana DfL, projek itu bertujuan menjadikan khidmat digital lebih mudah diakses golongan PWD.



Seramai 15 PWD akan dilatih dalam tempoh dua tahun bermula November 2021 untuk menjadi penilai e-kebolehcapaian yang berkelayakan, kata IMDA.



Setelah itu, mereka boleh didekati organisasi yang mahu menguji e-kebolehcapaian aplikasi digital dan khidmat mereka.



Gerakan nasional DfL dilancarkan oleh Presiden Halimah Yacob pada 8 Februari 2021 dan bertujuan menggalakkan masyarakat membantu warga Singapura menerima digital sebagai usaha sepanjang hayat, dan memperkayakan kehidupan mereka melalui digital.



Pada masa yang sama, Puan Halimah juga telah melancarkan Dana DfL untuk menyokong projek dan aktiviti yang menggalakkan inklusiviti digital, celik digital dan kesejahteraan digital.




"Idea menggunakan bentuk berbeza dan menggabungkannya untuk dijadikan lukisan juga bagus kerana terdapat sebahagian daripada mereka yang tidak dapat melukis.



Lagipun, sesiapa sahaja boleh mencubanya tanpa perlu membeli sofwe atau alat yang canggih."



- Encik Aminur Rasyid Mohammad Anwar, pengasas Artably.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >