Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bahas Belanjawan: KEMENTERIAN PEMBANGUNAN NEGARA

Perusahaan sosial, niaga layak boleh terima tambahan 10% diskaun sewa

Mar 03, 2023 | 05:30 AM



PERUSAHAAN sosial and perniagaan dengan amalan pengambilan pekerja inklusif yang layak boleh menerima tambahan 10 peratus diskaun sewa.



Langkah itu, yang menggalak sifat inklusif dalam estet kejiranan di Singapura, adalah sebahagian usaha meluas untuk mengubah kedai-kedai di kejiranan menjadi lebih bersemangat dan bertenaga, dan lebih berupaya untuk memenuhi keperluan masyarakat.



Menteri Negara Kanan (Pembangunan Negara merangkap Ehwal Luar), Cik Sim Ann, di Parlimen pada Khamis mengumumkan diskaun sewa di bawah Skim Perusahaan Sosial akan dinaikkan sebanyak 10 peratus, kepada 30 peratus untuk tempoh tiga tahun.



Perniagaan yang layak juga akan mempunyai pilihan untuk memperbaharui kontrak mereka untuk tiga tahun lagi.



Buat masa ini, 20 peratus diskaun sewa diberikan kepada perniagaan untuk tiga tahun pertama.



Seramai 24 perusahaan sosial dan perniagaan disokong SG Enable telah meraih manfaat daripada skim ini, kata Cik Sim.



Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) juga akan memberikan mata tambahan kepada pengendali yang mengambil warga emas berusia 65 tahun dan ke atas bekerja apabila membida kedai HDB di bawah kerja Kaedah Harga-Kualiti (PQM), tambah beliau.



Usaha ini adalah hasil kerjasama HDB dengan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) dan raiSE.



Berucap semasa perbahasan belanjawan Kementerian Pembangunan Negara (MND), Cik Sim berkata:



"Terdapat potensi bagi kedai kejiranan menyediakan pelbagai peluang pekerjaan dekat dengan rumah mereka, terutamanya menerusi perusahaan sosial dan perniagaan dengan amalan pengambilan kerja yang inklusif.



"Peluang pekerjaan ini bukan hanya menjana pendapatan, tetapi rasa berdikari dan maruah kepada individu lemah. Kami ingin menyokong lebih banyak perniagaan dalam menyediakan peluang ini dan meningkatkan kehidupan lebih ramai orang."



Untuk mendorong inovasi dan keusahawanan dalam kawasan kejiranan, Skim Usahawan Dipertingkat akan dilancarkan bagi memperuntukkan lebih banyak ruang kedai kepada syarikat pemula yang layak, kata Cik Sim.



Skim itu, yang merupakan perkongsian antara MND, Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) dan Enterprise Singapore (ESG), juga akan memberikan diskaun sewa 10 peratus untuk tiga tahun pertama.



HDB telah memperuntukkan sehingga lima peratus daripada kedai barunya untuk perniagaan pemula atau perniagaan sedia ada dengan model perniagaan yang inovatif sejak 2018.



"Oleh itu, usahawan akan mempunyai platform untuk menguji model perkhidmatan yang inovatif dan berbeza dalam persekitaran yang lebih kondusif," kata beliau lagi.



Skim Merancakkan Kedai (ROS) juga akan dipertingkat untuk menyokong transformasi kawasan kedai-kedai HDB, kata Cik Sim.



Pembayaran bersama pemilik kedai untuk kos naik taraf ROS akan dikurangkan - turun daripada 20 peratus kepada lima peratus - dan menaikkan bahagian bayaran HDB daripada 70 peratus kepada 85 peratus.



HDB juga akan membiayai bersama 80 peratus daripada kos untuk kerja-kerja yang tidak diwajibkan di bahagian depan kedai seperti memasang bidai menegak atau bidai bergulung, yang dihadkan kepada $3,000.



Selain itu, makanan yang dijualkan di kawasan kejiranan akan kekal berpatutan, kata Cik Sim.



Rejim menjual makanan bajet - iaitu keperluan untuk tender baru kedai kopi sewa di bawah rangka kerja PQM sejak 2018 - akan diperkenalkan di kedai kopi lebih tua yang memperbaharui kontrak sewa tiga tahun mereka mulai Mei 2023.



Cik Sim menambah rejim itu akan dilanjutkan kepada hampir separuh daripada semua kedai kopi dan meliputi semua bandar HDB menjelang 2026.




"Terdapat potensi bagi kedai kejiranan menyediakan pelbagai peluang pekerjaan dekat dengan rumah mereka, terutamanya menerusi perusahaan sosial dan perniagaan dengan amalan pengambilan kerja yang inklusif.
Peluang pekerjaan ini bukan hanya menjana pendapatan, tetapi rasa berdikari dan maruah kepada individu lemah.
Kami ingin menyokong lebih banyak perniagaan dalam menyediakan peluang ini dan meningkatkan kehidupan lebih ramai orang."
- Menteri Negara Kanan (Pembangunan Negara merangkap Ehwal Luar), Cik Sim Ann.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >