Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pesakit kronik 40 tahun ke atas boleh daftar bagi SG Lebih Sihat mulai Mei

Sudut teknologi maklumat, proses dan prosedur klinikal hampir selesai: Ye Kung
Feb 26, 2023 | 05:30 AM



MULAI Mei, mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas serta menghidapi penyakit kronik dan kerap mendapat rawatan di klinik umum (GP), boleh mendaftar bagi inisiatif SG Lebih Sihat atau Healthier SG, kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye kung.



Golongan berusia 60 tahun dan ke atas akan dapat berbuat sedemikian pada Julai.



SG Lebih Sihat, yang diumumkan pada Mac 2022, bertujuan memberi tumpuan kepada penjagaan pencegahan, menangani cabaran penduduk yang kian menua dan memperbaiki hasil kesihatan.



Di bawah strategi itu, penduduk akan dijemput untuk mendaftar dengan satu doktor keluarga pilihan mereka dan bersama membangun pelan kesihatan yang diperibadikan.



Encik Ong, sebelumnya, mengumumkan bahawa mereka yang berumur 60 tahun dan ke atas akan dijemput untuk mendaftar dengan GP pilihan mereka bermula sekitar pertengahan 2023.



Ketika berucap kepada media selepas lawatan masyarakat menteri ke Pasir Ris Central pada Sabtu, Encik Ong memberi maklumat kemas kini mengenai program penjagaan utama sukarela kebangsaan itu.



Encik Ong berkata: "Kami sedang bekerja keras untuk melancarkan SG Lebih Sihat - daripada IT (teknologi maklumat), proses dan prosedur klinikal. Semuanya hampir selesai. Mendekati GP juga adalah satu usaha yang besar.



"Jika semua berjalan dengan lancar, kami akan melaksanakannya pada Julai 2023, bermula dengan pendaftaran untuk mereka yang berumur 60 tahun dan ke atas."



Encik Ong menambah beliau maklum mengenai tindak balas yang disuarakan Anggota Parlimen (AP), GP dan orang ramai sepanjang tempoh strategi itu diumumkan dan telah mempertimbangkannya.



"Respons (mengenai SG Lebih Sihat) amat luar biasa, iaitu masalah yang bagus. Sehingga ada pesakit yang telah bertahun-tahun mendapat rawatan di GP pilihan mereka mendapati mereka mungkin tidak akan boleh mendaftar," ujar beliau.



"Justeru, kami juga merancang untuk melakukan latihan awal, latihan prapendaftaran pada Mei.



"Jika anda berusia 40 tahun dan ke atas, menghidapi penyakit kronik dan kerap ke GP untuk mengawal penyakit anda dan GP akan tersenarai sebagai klinik SG Lebih Sihat, anda boleh mendaftar dahulu."



Semasa lawatannya ke Pasir Ris pada Sabtu petang, Encik Ong bertemu penduduk di dewan serbaguna, Blok 528, Pasir Ris Street 51, yang mana inisiatif mengagihkan barang-barang runcit seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan mi segera dijalankan bagi membantu penduduk menangani kos sara hidup yang kian meningkat.



Beliau juga mengunjungi Pusat Sukan ActiveSG Pasir Ris untuk melihat kegiatan sukan serta aktiviti warga tua seperti pemeriksaan kesihatan dan memotong rambut secara percuma yang disediakan untuk penduduk kawasan itu.



Lawatan tersebut dihos Menteri Negara (Pejabat Perdana Menteri), Encik Desmond Tan, yang juga merupakan Anggota Parlimen (AP) GRC Pasir Ris-Punggol.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >