Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Pesalah berulang dipenjara serang wanita

Dec 06, 2022 | 05:30 AM



SEORANG lelaki yang keluar masuk penjara berulang kali atas beberapa tuduhan melakukan serangan akan diheret ke penjara lagi selepas dia menyerang seorang wanita tahun lalu hingga menyebabkan kerosakan terhadap salah satu gegendang telinganya.



Chia Kok Ann, 37 tahun, mengaku bersalah setiap satu atas melakukan serangan dan perbuatan nakal semalam sebelum dia dijatuhkan hukuman penjara seminggu dengan denda sebanyak $3,000, lapor The Straits Times.



Menurut mangsa berusia 42 tahun itu, Chia merupakan pekerja penghantaran makanan bersama foodpanda ketika kejadian itu berlaku, sementara mangsa bertugas dalam pekerjaan sama dengan Deliveroo.



Dokumen mahkamah tidak mendedahkan keadaan terkini wanita itu.



Sebelum serangan tersebut, wanita itu ternampak Chia sedang menunggu mendapatkan tempahan di kompleks komersial Oasis Terraces di Punggol sekitar 2.30 perang pada 17 Januari 2021 dan kemudian berbual dengannya.



Selepas itu, wanita tersebut membuka kotak simpan barang di basikalnya untuk mendapatkan jaket Deliveroonya selepas membeli rokok dan Chia mara terhadapnya dan menuduhnya mencuri seluar dan jaket kerjanya.



Wanita itu menolak tuduhan itu dan mereka berdua mula bergaduh.



Timbalan Pendakwa Raya Gan Ee Kiat berkata:



"Ketika mereka sedang bergaduh, tertuduh merampas telefon bimbit mangsa... bernilai $2,000, dan mencampaknya di lantai, membuat ia pecah dan rosak hingga tidak boleh diperbaiki semula.



"Dia juga menumbuk kepala mangsa dan menolaknya, hingga mangsa terjatuh ke lantai. Selepas saksi kejadian campur tangan dan memisahkan mereka, si tertuduh meninggalkan tempat itu."



Wanita tersebut membuat panggilan kepada polis sekitar 3.20 petang sebelum pergi mendapatkan rawatan di Poliklinik Sengkang pada 18 Januari 2021, di mana beliau didapati mempunyai darah kering di dalam lubang telinga kirinya serta lubang kecil di gegendang telinga itu.



Beliau diberi ubat titis telinga dan cuti sakit sepanjang sehari.



Atas melakukan serangan, Chia boleh dijel sehingga dua tahun dan didenda sehingga $5,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >