Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pesalah harus miliki daya tahan pulih, seiring sokongan masyarakat

Mar 31, 2021 | 05:30 AM



TERDAPAT sokongan daripada masyarakat dalam membantu para banduan dan keluarga mereka tetapi pada masa yang sama, pesalah itu juga perlu tabah dan mempunyai daya tahan dalam proses pemulihan.



Demikian antara yang disampaikan Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir kepada sekitar 400 banduan - 20 menghadirinya secara fizikal manakala yang lain meonontonnya secara maya - semalam.



"Tujuan saya hanya untuk memberikan mereka harapan dan juga kepercayaan, keyakinan bahawa mereka seperti kita juga boleh menjadi insan yang lebih baik, boleh juga memperbetul segala kesilapan lampau, dan juga boleh mempunyai daya tahan tinggi dalam diri mereka untuk menghadapi apapun cabaran, kesukaran apabila mereka keluar nanti sewaktu mereka berusaha untuk kembali bersama-sama dengan masyarakat," kata beliau kepada wartawan.



Ceramah motivasi tersebut yang diadakan secara tahunan merupakan sebahagian daripada kurikulum keagamaan program Pusat Khidmat Penjagaan Berterusan Bagi Pesalah dan Keluarga (Fitrah).



Program Fitrah dilancarkan pada 2019 dan menyediakan khidmat sokongan dipertingkat bagi pesalah Melayu/Islam dan keluarga mereka.



Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Ehwal Dalam Negeri), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim yang turut hadir sewaktu ceramah motivasi itu berkata cara mendekati banduan telah diperbaiki.



Menurutnya, terdapat pelbagai pembangunan positif di mana selain kurikulum yang lebih holistik, banduan juga diberi ruang untuk mendapatkan ilmu dan merenungkan kembali kehidupan mereka.



Dr Faishal berkongsi terdapat lebih ramai individu yang telah tampil untuk membantu dalam proses pemulihan banduan di dalam penjara mahupun setelah pembebasan.



Terdapat lebih 400 relawan yang terdiri daripada kaunselor keagamaan dan pendamping masyarakat untuk menyokong banduan, bekas pesalah dan keluarga mereka.



"Ini menunjukkan bahawa masyarakat kita prihatin tentang kemaslahatan dan kehidupan sesama terutama kepada golongan banduan. Dengan adanya proses seperti ini, kita boleh memberikan pertolongan dari segi emosi, dari segi pertolongan kewangan, sosial dan ilmu keagamaan yang boleh diraih oleh banduan kita," tambahnya.



Antara yang telah mendengar ceramah Dr Nazirudin ialah Encik Aqil (bukan nama sebenar).



Beliau yang berusia 32 tahun dan dimasukkan ke penjara pada 2016 atas kesalahan berkaitan dadah berkata antara pengajaran paling berguna yang diraihnya daripada ceramah itu adalah tentang fokus.



Menurutnya, beliau dahulu "hilang fokus" tentang matlamat yang ingin dicapai beliau.



Justeru, dengan mengembalikan fokus tersebut, beliau berharap dapat menjauhi masalah seperti gejala-gejala sosial dalam proses pemulihannya.



Mengulas tentang usaha ceramah yang diadakan, Encik Aqil berkata:



"Ceramah sebegini amat penting untuk diadakan. Apabila kita di luar, jarang sekali kita dapat peluang sebegini kerana kesibukan kerja, keluarga.



"Dengan adanya (ceramah) di dalam (penjara) ini, ia memberi kita satu ruang dan alternatif supaya kita dapat mempelajari sesuatu dan ia akan memberi idea dan keinginan untuk kita hadiri ceramah-ceramah di luar kerana kita tidak pernah pergi ke ceramah dan kita tidak tahu apakah manfaat yang satu ceramah dapat berikan."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >