Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pesan tangga lipat tapi pelanggan terima kadbod

May 08, 2022 | 05:30 AM



PLATFORM e-dagang, Shopee, telah menggantung seorang penjual selepas dia menghantar sekeping kadbod kepada pelanggan dan bukannya tangga lipat yang dipesan.



Laman berita sosial, Stomp, sebelum ini melaporkan seorang warga Stomp, Gen, telah membayar sebanyak $39.90 untuk tangga tersebut dan terkejut apabila beliau tidak menerima produk seperti diiklankan.



Menyusuli laporan tersebut, penjual berkenaan menghubungi Stomp dan menjelaskan bahawa syarikat penghantaran yang ditugaskan untuk menghantar produk mereka tidak akan mengambil dan menghantar tangga itu kerana ia melebihi ketinggi 150 sentimeter.



"Sebelum ini kami telah menghantar tangga-tangga ini sendiri," jelas penjual itu. "Sistem Shopee tidak menerima penghantaran kami melainkan kami menggunakan khidmat penghantaran mereka.



"Pada asasnya, selain menghantar sendiri barang-barang ini, kami juga perlu menggunakan sistem penghantaran mereka untuk menunjukkan barang itu telahpun dihantar.



"Oleh itu, kami telah menghantar kadbod melalui penghantar mereka sambil kami sendiri yang menghantar produk sebenar yang dipesan."



Penjual itu berkata, beliau sudahpun membuat persiapan untuk menghantar tangga yang telah dipesan pelanggan sepanjang minggu pada 30 April, namun terpaksa menangguhnya kerana mengalami kecederaan belakang.



"Ia sangat serius sehingga saya tidak boleh berdiri. Paramedik telah dipanggil dan saya dihantar ke bahagian kemalangan dan kecemasan," katanya, berkongsi dengan Stomp gambar sijil perubatannya (MC) dari Hospital Khoo Teck Puat.



"Kami mula menghantar beberapa pesanan tangga pada 3 Mei apabila saya akhirnya boleh berjalan sedikit."



Beberapa pesanan, bagaimanapun, telah dikembalikan oleh Shopee.



"Pada hari itu, kami tidak dapat menghubungi Shopee kerana ia cuti umum, jadi kami meneruskan penghantaran tangga walaupun mempunyai kemungkinan tidak akan dibayar."



Apabila Stomp menghubungi Gen untuk mendapatkan perkembangan terkini, beliau berkata beliau tidak menerima tangga yang dipesannya.



"Shopee telah memulangkan semula bayaran saya," katanya.



"Tetapi kesedaran tentang penipuan sebegini harus dimaklumkan kepada orang ramai.



"Sampul surat yang dihantar penjual hanya menyatakan "tangga", jadi jelas sekali ia dilakukan dengan sengaja. Sehingga kini, penjual tidak berani membalas mesej saya tentang sebab beliau menghantar sekeping kadbod kepada saya."



Jurucakap Shopee memberitahu Stomp ia telah dimaklumkan mengenai kes itu.



"Kami menyiasat isu itu dan sejak itu menggantung penjual dan mengeluarkan bayaran balik penuh kepada pengguna," kata jurucakap itu.



"Shopee komited untuk mewujudkan persekitaran membeli-belah yang selamat untuk pengguna kami.



"Kami mempunyai garis panduan yang ketat mengenai penjualan produk di platform kami dan akan terus berusaha untuk menjadikan pengalaman membeli-belah dalam talian lebih menyeronokkan untuk semua orang."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >