Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peserta 'cipta' alat bijak pantau kesihatan pekerja

Sep 25, 2022 | 05:30 AM



SEMASA berkhidmat sebagai superintenden bangunan, Encik Monteiro Mohamad Azhar Abdul Aziz pernah berdepan dengan dua pekerja yang meninggal dunia selepas tiba-tiba mengalami serangan jantung.



Ini membuat pemuda berusia 31 tahun itu terfikir bagaimana sekiranya ada pekerja yang rebah semasa bekerja di tempat yang tidak diketahui orang di bangunan tempat beliau bekerja kerana tidak ditemui orang selepas beberapa jam.



Semasa memikirkan bagaimana untuk membantu pekerja bergaji rendah ini, yang kebanyakan merupakan warga emas, Encik Monteiro berkata masalah ini mungkin boleh diatasi dengan memanfaatkan teknologi.



Oleh itu, peserta Perikatan untuk Bertindak (AfA) bagi Pekerja Bergaji Rendah itu bersama dua lagi anggota - Cik Nur Akidah Ramad, 33 tahun, dan Encik Tan Yan Hao, 31 tahun - mengusahakan satu projek bernama 'Health Tracker'.



Alat bijak ini boleh memantau kesihatan pekerja dan memberi notifikasi segera kepada majikan sekiranya terdapat sesuatu yang tidak kena dengan denyutan jantung pekerja misalnya.



"Apabila seseorang mengalami serangan jantung, kita ada peluang untuk menyelamatkan mereka kalau kita tiba awal.



"Tapi kalau dah lambat, tiada peluang lagi untuk menyelamatkan mereka.



"Oleh itu, saya rasa alat bijak ini boleh membantu," jelas beliau lagi.



Tambahnya, mereka merancang bekerjasama dengan agensi pemerintah yang menggunakan teknologi serupa untuk meninjau bagaimana mereka boleh menggabungkan idea mereka dengan teknologi yang sedia ada bagi menghasilkan alat kesihatan yang bertujuan meningkatkan kesejahteraan pekerja bergaji rendah warga emas ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >