Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peserta perbincangan panel PPIS bayangkan potensi wanita Muslim menjelang 2052

Mar 27, 2021 | 09:10 PM



SERAMAI 63 peserta Melayu/Islam yang mengambil bahagian dalam perbincangan panel anjuran Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) pada Sabtu (27 Mac) telah sama-sama membayangkan potensi wanita Muslim Singapura dalam tiga dekad akan datang.



Perbincangan panel berjudul 'Trailblazing into 2052' (Mengorak Langkah ke 2052) itu bertujuan memperingati Hari Wanita Antarabangsa serta pencapaian wanita Muslim muda di sini.


Wanita-wanita itu adalah pengorak langkah yang telah mentakrifkan semula kejayaan dalam bidang masing-masing, dan membuka laluan bagi generasi akan datang.


Acara yang dijalankan dalam talian itu dimulakan dengan perkongsian tiga ahli panel tentang perjalanan mereka mengejar aspirasi, serta harapan mereka bagi wanita Muslim melangkah ke hadapan.



Kemudian, peserta mengambil bahagian dalam perbincangan tentang empat tema iaitu Kesamaan Jantina, Kepemimpinan, Keharmonian Kerja-Keluarga, dan perwakilan wanita dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).


Semasa perbincangan itu, mereka berkongsi visi mereka untuk wanita Muslim berhubung tema-tema tersebut, dan juga apa yang boleh dilakukan wanita hari ini untuk memberi kesan kepada masyarakat di masa akan datang.


"Sebagai suara untuk wanita Muslim tempatan, PPIS berusaha untuk melanjutkan perbincangan nasional yang berterusan mengenai pembangunan wanita dengan memimpin perbincangan kontemporari untuk mendorong perubahan dan memacu tindakan kolektif.


"Menerusi pendampingan berterusan dengan wanita Muslim muda, PPIS berharap dapat membangunkan jaringan sokongan yang kuat untuk wanita dan memupuk generasi pengorak langkah seterusnya."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >