Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Pesilat negara Sheik Ferdous didenda $8,000 kerana pandu dalam keadaan mabuk

May 16, 2023 | 05:30 AM



PESILAT negara, Sheik Ferdous Sheik Alau'ddin, yang baru-baru ini memenangi pingat perak Sukan SEA ke-32 di Kemboja, didenda $8,000 dan dilarang memandu selama 48 bulan kerana memandu dalam keadaan mabuk.



Pesilat berusia 27 tahun itu, yang turut memenangi pingat emas buat Singapura pada Kejohanan Pencak Silat Dunia 2018, didapati mempunyai sekitar 2.65 kali ganda had alkohol dalam nafasnya.



Dia anak kepada Dr Sheik Alau'ddin Yacoob Marican, ketua eksekutif Persekutuan Silat Singapura (Persisi).



Pada Isnin, Timbalan Pendakwa Raya, Encik Zhou Yang, berkata pada 2.50 pagi pada 27 November 2022, dua pegawai polis menemui kereta Sheik Ferdous diletakkan di lorong paling kiri Jalan Cantonment menuju Keppel Road.



Enjin kereta tidak dimatikan dan lampu hadapan masih dihidupkan.



Sheik Ferdous didapati duduk di tempat duduk pemandu, membongkok ke depan dan menghadap ke bawah, kata pendakwa raya.



Pegawai polis bercakap dengan Sheik Ferdous, yang berbau alkohol dan mempunyai mata merah, dan pertuturan tidak jelas.



Ujian alat pernafasan segera dijalankan ke atasnya dan dia gagal dalam ujian itu.



Dia kemudiannya ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Trafik bagi ujian penganalisis lanjut.



Ujian kedua mendapati kadar alkohol dalam nafasnya ialah 93 mikrogram (mcg) alkohol dalam setiap 100ml nafas, sekitar 2.65 kali had yang ditetapkan, iaitu 35mcg alkohol setiap 100ml nafas.



Siasatan mendapati dia telah mengambil tiga tin bir di sebuah taman di Bukit Pasoh pada 11.45 malam sebelumnya. Kali terakhir dia minum bir pada 1.30 pagi dan kemudian cuba memandu ke rumahnya di Pasir Ris.



Menjawab pertanyaan, jurucakap Persisi berkata apa yang berlaku kepada Sheik Ferdous dalam hal ini ada kaitan dengan "kehidupan peribadinya".



"Bagi pihak persekutuan, kami akan terus menyokong kerjaya dan perjalanannya. Dia dianggap sebagai aset buat negara," kata jurucakap itu.



"Kami akan terus berada di belakangnya semasa latihan, dan kami percaya dia akan terus membawa kegemilangan kepada negara, seperti bagaimana dia mencapai pingat perak dalam Sukan SEA ke-32."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >