Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pesilat negara siapkan kerja sekolah sedang rakan atlet berehat

Hasif, antara trio pesilat seni lelaki negara yang menang emas dalam Sukan SEA 2019 raih purata 44 daripada markah penuh 45
ib
Jan 11, 2021 | 05:30 AM



Baru-baru ini, pelajar Singapura yang menduduki peperiksaan Program Diploma Baccalaureate Antarabangsa (IBDP) telah meraih keputusan yang amat memberangsangkan. Kadar kelulusan bagi keseluruhan 2,228 pelajar yang menduduki peperiksaan IBDP di sini ialah 97.73 peratus, yang melebihi kadar keputusan global 76.68 peratus. Keputusan cemerlang ini turut diraih oleh kohort pertama pelajar madrasah. BERITA HARIAN meninjau aspirasi tiga pelajar program IB itu.



SEDANG rakan-rakannya dalam pasukan silat Singapura meluangkan masa yang ada di waktu malam untuk beristirahat dan pulih selepas bertarung dalam gelanggang Sukan Asia, Nujaid Hasif Zainal Abidin mengambil peluang itu untuk menyiapkan kerja sekolahnya.



Temasya sukan yang diadakan di Jakarta pada 2018 merupakan tempoh yang sibuk baginya kerana perlu menduduki peperiksaan prelim diploma Baccalaureate Antarabangsa (IB) sejurus selepas pulang dari pertandingan itu.



Mengenang tentang detik mencabar tersebut, atlet-pelajar Sekolah Sukan Singapura (SSP) berusia 20 tahun itu berkata:



"Pada waktu itu, saya bukan sahaja perlu bertanding, malah saya juga harus memastikan saya menghabiskan esei saya yang perlu disiapkan selepas Sukan Asia itu.



"Jadi apabila rakan sepasukan saya yang lain sedang berehat, saya akan keluarkan komputer riba yang telah saya bawa bersama untuk melakukan tugasan sekolah.



"Waktu itu, ia memang amat memenatkan bagi saya kerana perlu bertanding dan membawa bersama tugasan sekolah ke tempat pertandingan...bagi saya itu bukanlah situasi yang ideal, kerana jika boleh saya mahu tumpukan sepenuhnya pada pertandingan."



Namun begitu, Hasif berkata jurulatih turut memahami akan tanggungjawabnya sebagai seorang pelajar dan memberinya ruang untuk menumpukan perhatian pada pelajaran.



Segala pengorbanan tersebut akhirnya membuahkan hasil selepas beliau muncul sebagai pelajar terbaik SSP bagi peperiksaan diploma Baccalaureate Antarabangsa (IB).



Hasif, yang merupakan antara trio pesilat seni lelaki negara yang memenangi emas di Sukan SEA 2019 di Filipina, meraih markah purata 44 mata.



Markah penuh IB ialah 45.



Anak keempat dalam kalangan enam beradik yang telahpun bersara dari kerjaya silatnya, enam bulan selepas memungut pingat emas berkata:



"Alhamdulillah, saya rasa cukup gembira kerana berjaya mencapai dua matlamat yang telah saya tetapkan sebelum ini - iaitu untuk memenangi pingat emas dalam temasya sukan utama dan juga meraih markah yang bagus untuk peperiksaan IB ini.



"Bagi peperiksaan ini, saya sebenarnya telah menetapkan sasaran untuk mendapatkan sekitar 40 mata dan tidak terfikir akan dapat markah sebenar ini."



Beliau menyifatkan jadual sekolahnya yang fleksibel serta penyertaannya dalam program IB yang dilanjutkan, telah membantu meringankan bebannya dan akhirnya mencapai sasaran yang ditetapkan.



Dalam pada itu, Hasif juga merasakan bahawa masa yang diluangkan bersama pasukan silat negara telah banyak mengajarnya tentang sikap disiplin.



"Sebagai atlet-pelajar, kita perlu tahu mengimbangi masa untuk pelajaran akademik dan sukan dan silat telah mengajar saya tentang bagaimana saya dapat mendisiplinkan diri saya.



"Tentunya saya rindu dapat berlatih bersama pasukan negara, namun buat masa ini saya hendak mengalihkan perhatian untuk meluangkan masa bersama keluarga," ujarnya.



Hasif, yang masih belum membuat keputusan tentang jurusan yang akan diambil di universiti, akan memulakan latihan Perkhidmatan Negara (NS) bersama Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) pada Selasa ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >