Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pesta Buku Melayu S'pura di WGS mulai 16 Dis

Nov 27, 2022 | 05:30 AM



ORANG ramai akan berpeluang menyertai pelbagai kegiatan berkaitan bahasa dan sastera Melayu yang dijalankan sempena Pesta Buku Melayu Singapura (PBMS) 2022 pada 16 hingga 18 Disember ini.



Antara lain, pesta tiga hari anjuran Majlis Pusat Singapura itu akan mengadakan jualan buku karya penulis, sesi bercerita, bengkel puisi serta pelancaran tiga buku baru, yang akan berlangsung di ruang Persada Budaya, Wisma Geylang Serai.



Pada 16 hingga 17 Disember, acara akan berlangsung dari 10 pagi hingga 8 malam, manakala hari terakhirnya berlangsung hingga 6 petang.



Dalam satu kenyataan media kelmarin, Majlis Pusat Singapura berkata, tujuan pesta tersebut adalah untuk menonjolkan karya bahasa Melayu tanahair dan penerbit Melayu Singapura, sekaligus melestari bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda masyarakat Melayu.



Beberapa penerbit buku setempat akan mengadakan jualan buku-buku karya penulis Singapura yang merangkumi pelbagai genre untuk setiap golongan umur pembaca.



Selain itu, bahan-bahan bantuan pembelajaran dan pengayaan Bahasa Melayu juga boleh didapatkan di pesta itu.



Sebanyak 10 penganjur termasuk pertubuhan, penerbit dan orang perseorangan telah menyusun sekitar 15 acara untuk khalayak pelbagai lapisan umur dan minat bagi menyemarak minat pada sastera Melayu selain meluaskan pengetahuan tentang bahasa dan budaya Melayu, kata penganjur.



"Majlis Pusat berpendapat, pesta buku yang telah diperkenalkan oleh sekumpulan penerbit Melayu sempena gerakan BuySinglit pada 2019 ini tidak seharusnya dibiarkan tidak berterusan," kata Cik Isiah Majid, Pengerusi PBMS, merujuk kepada gerakan bagi menggalak hasil karya penulisan tempatan.



"Majlis Pusat berharap dapat menerajui Pesta Buku Melayu seterusnya, walaupun dalam moda perayaan yang kecil tetapi setidak-tidaknya dapat menyampaikan kepada masyarakat Melayu khususnya, bahawa penerbitan tempatan perlu diberi perhatian. Sedikit sebanyak ia akan melanjutkan atau memperpanjang usaha Majlis Bahasa Melayu Singapura untuk melestarikan Bahasa dan Sastera Melayu di Singapura ini," tambahnya.



Pesta itu turut disokong oleh Majlis Seni Kebangsaan (NAC), Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC), Lee Foundation, Noah Charity, Golden Chance Property, Persatuan Kemuning dan Perguruan Silat Seni Gayong Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >