Pesta Kanak-Kanak mahu pupuk sikap mahu membantu
Jun 19, 2019 | 05:30 AM
LEBIH 45 kanak-kanak tadika daripada Global Mindz Eden Preschool mengambil bahagian dalam sesi pengumpulan mainan yang diadakan bersama dengan Pesta Kanak-Kanak yang berlangsung sehingga 30 Jun tahun ini.
Pengumpulan mainan ini diharapkan dapat mengembangkan lagi aspek kemasyarakatan dalam Pesta Kanak-Kanak, acara tahunan percuma yang diadakan di Taman di Persisiran.