Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pesta pembelajaran, kemahiran tarik pengunjung

Jul 30, 2022 | 05:30 AM



SEKITAR 1,000 orang mengunjungi Pesta Pembelajaran dan Kemahiran@South East, yang menawarkan pelbagai kemahiran dalam permintaan, semalam.



Kemahiran menjadi tumpuan di acara itu ialah yang berkaitan perniagaan dan pertukangan, seperti penyenggaraan elektrik dan paip, dandanan rambut dan pemanduan dron.



Acara yang berlangsung di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Timur itu sebahagian daripada Pesta SkillsFuture 2022, dan dianjurkan oleh Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East dan SkillsFuture.



Mereka bekerja sama dengan Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i) dan ITE Kolej Timur untuk menawarkan pengunjung peluang meraih pelbagai kemahiran berguna dan dalam permintaan, seperti menukar paip air, penyenggaraan perkakas eletrik dan alat penghawa dingin.



Pengunjung juga berpeluang belajar cara memasak, melakukan pedikur (rawatan kuku kaki) dan menerbangkan dron secara selamat.



Tetamu terhormat di acara itu, Mayor CDC South East, Encik Mohd Fahmi Aliman, berkata meningkatkan kemahiran sebegitu adalah penting, terutama bagi mereka yang terjejas oleh pandemik Covid-19.



"Semasa pandemik Covid-19, kita sering tidak dapat perkhidmatan sebegini kerana kekurangan pekerja dalam sektor itu di sini.



"Malah, saya gembira kelas-kelas ini disambut baik oleh pengunjung hingga dua kelas perlu dibuka disebabkan permintaan yang baik.



"Ini adalah kemahiran asas yang baik untuk dipelajari dan saya rasa ia juga akan memberi manfaat kepada penduduk kita di sini," kata Encik Fahmi, yang turut menyertai satu forum kerjaya bersama pelajar ITE di sana.



Beliau turut berkata wadah seperti itu juga dapat menyokong inisiatif di bawah Bidang Tumpuan Keempat (FA4) oleh M Kuasa Tiga (M³) yang bertujuan menyesuaikan pekerja dengan peluang pekerjaan dan meningkatkan keupayaan tenaga kerja melalui peningkatan kemahiran dan inisiatif pembelajaran sepanjang hayat.



"Yang penting ialah membawa mereka ke dalam latihan. Mungkin mereka tahu akan latihan yang diadakan tetapi apabila latihan itu bermula, mereka tidak hadir.



"Jadi, amat penting kita membawa latihan seperti ini kepada mereka," ujar beliau



Turut hadir di acara itu ialah Pengarah U SME dan U Women and Family (U WAF) yang juga Anggota Parlimen GRC Pasir Ris-Punggol, Cik Yeo Wan Ling.



Selain acara fizikal, pengunjung dapat memanfaatkan portal masyarakat Jobs@South East bagi membantu mereka mencari kerja.



Lebih 1,000 jawatan kosong daripada 80 syarikat ditawarkan di portal itu.



Penduduk juga boleh mencari pekerjaan dekat dengan rumah mereka.



Acara tersebut melibatkan 17 agensi pemerintah dan pertubuhan dan berlangsung hingga hari ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >