SENIMAN penata tari dan penari tersohor Indonesia, Sardono W. Kusuma, bakal melakarkan karya lukisan abstrak di kanvas berpandukan koreografi tarian sempena Pesta Seni Antarabangsa Singapura (SIFA) pada 20 dan 21 Ogos ini.
Sardono, 71 tahun, yang dilatih sebagai penari sejak usia lapan tahun, berkongsi bahawa lukisan mempunyai kaitan dengan latihannya sebagai penari.