Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peta digital bantu orang ramai elak tempat sesak di Orchard

Dec 22, 2022 | 05:30 AM



SEBUAH peta digital yang menunjukkan tahap kesesakan dalam masa nyata boleh digunakan orang ramai Sabtu ini untuk membantu orang ramai, termasuk mereka yang ingin membeli-belah pada saat akhir, di Orchard Road mengelak daripada tempat yang dipenuhi ramai orang.



Peta digital di laman web https://go.gov.sg/crowd-at-orchard-road itu akan menunjukkan tempat yang sesak dengan ramai orang di Orchard Road dan menyarankan tempat alternatif yang kurang sesak kepada pengguna.



Portal itu boleh digunakan orang ramai dari 6 petang hingga 1.30 pagi Sabtu ini.



Polis sebelum ini berkata ramai orang boleh dijangkakan di sekitar Orchard Road pada malam sebelum Krismas.



"Oleh kerana stesen MRT Orchard dijangkakan sesak, penumpang dinasihatkan pergi ke stesen alternatif seperti stesen MRT Dhoby Ghaut dan Somerset jika boleh," tambahnya.



Peta digital itu boleh diakses menggunakan komputer dan alat bijak mudah alih.



Teknologi sama turut digunakan semasa Hari Kebangsaan untuk membolehkan orang awam memantau keadaan yang sesak.



Polis berkata pegawainya serta sekatan untuk mengawal kesesakan dan tanda arah juga akan digunakan untuk menguruskan orang ramai di kawasan itu.



Mereka juga menggesa orang ramai agar bersabar dan jangan memaksa diri untuk memasuki kawasan yang dipenuhi ramai orang atau tempat yang ditutup.



"Pegawai keselamatan mungkin akan memeriksa beg dan barang peribadi.



"Orang awam dinasihatkan bekerjasama dengan pegawai untuk membantu dengan pemeriksaan itu," ujarnya.



Polis juga menasihatkan orang ramai yang akan ke Orchard Road untuk mengelak daripada membawa wang yang banyak atau memakai barang kemas secara berlebihan ke tempat yang sesak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >